...sambungan drpd Episod Lapan..."Ehh..kenapa marah-marah ni Lisa?...Relax laa...I called just to wish you Selamat Hari Raya laa..." jawab si Razman.
"Yaa...like I don't know about your intentions. In 10 seconds I nak letak phone. Thanks anyway for the wish and Selamat Hari Raya to you too..Maaf Zahir Batin.." Lisa terus menekan butang merah di telefon bimbitnya. Rasa menyampah meluak-luak di hati Lisa. Dia ingin melupakan segalanya tentang Razman, seorang lelaki yang dia cintai suatu masa dulu.
Pada mulanya, Lisa dan Razman hanya berkawan biasa. Tetapi Lisa tertarik dengan Razman kerana hampir keseluruhan perwatakan Razman serta gayanya hampir sama dengan bekas teman lelaki Lisa semasa di universiti dulu. Kebetulan pula, Razman juga tertarik dengan kecantikan dan luhur hati Lisa. Ternyata mereka berdua tidak bertepuk sebelah tangan. Dalam masa beberapa bulan sahaja, mereka sudah menyintai satu sama lain. Tetapi setelah hampir setahun mereka bercinta, Lisa sudah mula melihat perwatakan sebenar Razman yang tidak disangkakannya. Perilaku Razman berubah dan Razman selalu bergaduh dengan Lisa. Walaupun begitu, Lisa masih bertahan sehinggalah Razman meminta putus hubungan kerana mempunyai perempuan yang lain.
Daripada situ, Lisa mula menyedari kesilapannya. Dia sepatutnya tidak terlalu cepat untuk menerima Razman sebagai teman lelakinya hanya kerana Razman mempunyai ciri-ciri seperti teman lelakinya yang pertama, bak orang putih kata,
"First Love". Lisa juga sedar mungkin dia menyintai Razman sebagai kesinambungan percintaan antara teman lelaki pertamanya dulu. Lisa sedar apabila bersama Razman, Lisa seolah-olah bersama dengan cinta pertamanya dulu. Mungkin sebab itulah Lisa memilih Razman walaupun ramai lagi lelaki yang sedang mengejar Lisa. Kini, Lisa kesali semua itu dan tidak akan mengaitkan
cinta pertama Lisa dengan mana-mana lelaki pun. Lisa ingin mencari lelaki yang berbeza dan lain daripada yang lain supaya segala kenangan-kenangan lama tidak menganggu dalam membuat keputusan-keputusan yang penting. Lisa mahu bermula dari bawah semula. Dan Lisa berserah kepada Allah Yang Esa.
*******************************************
Ariel sudah sampai di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Ariel berehat di lobi hotel sementara menunggu Lisa yang masih belum kelihatan. Sudah pukul 6.30 petang. Lima minit kemudian, Lisa muncul di pintu masuk dan Ariel tersenyum.
"I'm sorry Ariel. I naik LRT tadi. Penuh pulak orang...""Ehh..kereta you mana?.." tanya Ariel.
"Hari ni I malas drive. Saje suka-suka naik LRT. Lagipun dah bosan dengan traffic jam kat KL tu..." jelas Lisa yang sangat manis memakai baju kebarung berwarna krim.
"Ohh..okay, jom kita masuk. I tadi dah tolong book kat Paya Serai Cafe nih. My friends kata sini sedap untuk buka puasa..." jelas Ariel pula.
"Okay sure..jom masuk.." balas Lisa.
Mereka berdua mendapat tempat duduk di bahagian bucu kafe itu dan sangat sesuai utk mereka berbual tanpa diganggu oleh mereka yang lalu lalang. Mereka pun berbual sambil menunggu azan Maghrib sebagai tanda untuk berbuka puasa. Selepas berbuka dengan menjamah sedikit kuih dan buah kurma, Ariel meminta diri untuk ke surau. Lisa pula terus duduk di situ untuk menunggu Ariel kembali dan kemudian Lisa juga hendak ke surau.
Apabila mereka berdua sudah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, mereka pun menyambung makanan yang dihidangkan secara
buffet. Mereka juga meneruskan perbualan mereka sehinggalah Lisa bertanyakan suatu soalan.
"Ariel, what do you expect from a girl yang you suka atau yang you dah sayang? I mean, apa kriteria atau kualiti yang you tengok pada diri perempuan tu?" tiba-tiba Lisa bertanya.
"Wowww..berat soalan tu. Hmmm..." Ariel mengeluh.
"Kalau you susah nak jawab, it's ok. I tak kisah. Just asking je since kita dah taktau apa nak borak. Hahaha." Lisa tersenyum dan Ariel pula tergelak.
"Well Lisa, frankly speaking, kalau dari kualiti or kriteria, I look for independent women. Who knows how to take care of herself, yang tak terlalu manja, yang tak terlalu ngada-ngada. A girl who knows what to do at the right time and at the right situation and place. Tapi I takde la nak mintak dia jadi perfect. Just that dia baik dan tak menyakitkan hati pun dah ok." Ariel memberikan penjelasan.
"As for my expectations, I just need her to trust me, understanding, caring, sincere, jangan terlampau jealous and respect my family and myself. Tu je..." Ariel menyambung lagi.
"How about looks and physical?" Lisa bertanya lagi.
"Pasal rupa dan fizikal tu, memang tipu la kalau I kata I tak kisah, tapi perkara tu subjektif. Susah nak cakap sebab I pun pernah juga tersuka kat seseorang yang not up to my taste tapi dia sangat baik dan pandai ambil hati I. So, perkara-perkara ni memang sangat subjektif. Lagipun, looks can be deceiving. Lambat laun akan jadi tua dan berkedut jugak kan?..Hehe.." terus terang Ariel memberikan jawapan.
"Well..good answer Ariel. Sometimes memang susah nak faham lelaki ni." Lisa mengeluh.
"Alaa..lelaki pun susah nak faham perempuan. Very unpredictable!..hahaha.." Ariel membalas sambil tergelak. Lisa memandang tajam ke wajah Ariel sambil tersenyum manis.
Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Mereka bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing.
"Ariel, I kena balik awal ni. Nanti LRT takde pulak." Lisa meminta diri untuk pulang.
"Ehhh, come on. Let me send you back home. Bukannya jauh pun rumah you dari sini." Ariel menawarkan diri.
"It's ok Ariel. I taknak menyusahkan you. Kan rumah you kat Damansara. Rumah I kan kat Shah Alam. Jauh jugak tu." Lisa menolak.
"Tak menyusahkan pun. Boleh kita sambung berbual dalam kereta. Amacam?" Ariel tersenyum.
"Hmm..oklah since you insist." Lisa mengalah.
Hati Ariel berasa seronok apabila Lisa menerima tawarannya dan mereka pun menuju ke kereta Ariel. Mereka pun menaiki Proton Gen2 yang baru dibeli Ariel itu. Ariel memandu keluar daripada tempat letak kereta hotel dan menyusur ke Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam.
"Kereta baru ya Ariel? Sebab bau macam kereta baru." tiba-tiba Lisa bertanya.
"Errr...yeah. Baru je. Ini je yang mampu. Nak menyokong kereta tempatan la katakan. Hahaha." Mereka berdua bergelak ketawa.
"Alaa..ok la ni. Daripada kereta Satria I yang lama tu. I pun tengah terfikir jugak nak ganti dgn Gen2 ni. Tapi tengok la macam mana nanti." kata Lisa sambil Ariel terus memandu menuju ke Shah Alam.
Di dalam hati Ariel, dia sudah risau tentang apa yang dia katakan tadi. Ariel berasa takut dia menipu Lisa. Ariel ingin sekali berterus terang tetapi Ariel masih tidak mahu memberitahu keadaan sebenar sehinggalah sesuatu perkara sudah terbukti. Hanya masa yang akan menentukan dengan izin Allah SWT. Ariel berharap Lisa tidak akan bertanya soalan-soalan yang membuatkan Ariel terpaksa menipu untuk merahsiakan siapa diri dia yang sebenar.
"Perempuan zaman sekarang ni harus diberi ujian. Nak tengok sejauh mana dia sanggup bersusah payah dengan kita dan juga sejauh mana dia sanggup berkorban. Aku taknak dia melihat aku ni sebagai orang yang senang. Aku nak tengok keikhlasan hati dia bila berkawan dengan aku sebab dah terlalu ramai yang menempek dengan aku semata-mata kerana harta. Apalah ada pada harta tu jikalau hati tak bahagia. Lagipun, segala apa yang aku ada ni pun bukannya hasil usaha aku, semuanya hasil titik peluh Papa. Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak." kata hati Ariel yang sedang kerisauan.
Sememangnya ramai perempuan yang datang dalam hidup Ariel. Kebanyakan daripada mereka tahu Ariel merupakan golongan orang berada. Duit tidak luak. Ariel boleh membeli apa saja dia mahu. Disebabkan itu ramai kenalan perempuannya mengajaknya keluar. Ada yang meminta Ariel belanja makan dan ada juga yang meminta membeli barang-barang yang mahal sebagai hadiah. Ariel sungguh rimas dengan keadaan seperti itu. Ariel cuma mahukan seseorang yang ikhlas menyayanginya kerana dirinya, bukan kerana apa yang dia ada. Disebabkan itulah Ariel terpaksa menyamar sebagai golongan sederhana.
Lebih kurang 20 minit kemudian, mereka pun sudah sampai di hadapan pintu pagar rumah Lisa.
"Thanks Ariel. Till we meet again after Hari Raya. Jemputlah datang ke rumah since you dah tau kat mana rumah I ni." Lisa mengucapkan terima kasih.
"No problem Lisa, anytime. Bila balik kampung?" tanya Ariel.
"Lusa kot. Balik Pahang, belah my father.""Ohh okay. So, see you after Hari Raya ok. Selamat Hari Raya!""Okay Ariel. Selamat Hari Raya to you too!" Lisa membalas.
Ariel pun menghidupkan enjin keretanya sambil melambai ke arah Lisa dan terus memandu menuju ke rumahnya. Sepanjang perjalanan pulang, Ariel memikirkan tentang Lisa.
"Hmmm...ada tanda positif nampaknya." hati Ariel berkata.
Lisa pula merebahkan badan ke katilnya sambil memikirkan tentang Ariel.
"Hmmm..great guy, positive. Well, time will tell." hati Lisa berkata pula.
Sambil memandu, Ariel mendengar radio dan tiba-tiba sebuah lagu daripada band
Indonesia, kumpulan
Ungu dengan lagu
Tercipta Untukku.
Menatap indahnya senyuman di wajahmu Membuat ku terdiam dan terpaku Mengerti akan hadirnya cinta terindah Saat kau peluk mesra tubuhku Banyak kata Yang tak mampu kuungkapkan Kepada dirimu Aku ingin engkau slalu Hadir dan temani aku Disetiap langkah Yang meyakiniku Kau tercipta untukku Sepanjang hidupku Aku ingin engkau slalu Hadir dan temani aku Disetiap langkah Yang meyakiniku Kau tercipta untukku Meski waktu akan mampu Memanggil seluruh ragaku Ku ingin kau tau Kuslalu milikmu Yang mencintaimu Sepanjang hidupku
Ariel mengeluh dan tersenyum. Dia teringatkan Lisa.
"Hmmm...could she be the one?"
To be continued...