Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< January 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, January 16, 2006
Haji

Skang ni musim Haji, iaitu Rukun Islam yg kelima. Lagi 2 tahun, mak aku akan menunaikan Haji buat pertama kalinya ditemani oleh ayah aku yg kali kedua mengerjakan Haji. Sepertimana yg kalian tahu, mak aku adalah OKU(Orang Kurang Upaya) disebabkan jatuh dari tingkat 7 ke tingkat 1 pada tahun 1980. Jadi, mereka nak bawak aku menunaikan Haji sekali supaya aku dapat menjaga dan menolong ibu. Mereka akan pergi pada November/Disember 2007. Ayah aku mintak aku beri kata putus sebelum pertengahan tahun ni. Kiranya dia nak sponsor aku la gi Haji nih.

As for me, aku memang tunggu peluang camni. Siapa yg taknak kan? Tapi aku taktau sama ada aku bersedia atau tak. Aku takut tahun 2007 tu akan ada komitmen kerjaya. Maklumlah masih muda lagi. Kalau aku kahwin by that year camne plak?...hehehehh...tak mungkin kot..;) ...Kalau last minute tak jadi, susah pulak nanti...

### - Apa yg aku patut buat eh? Apa pandangan korang?

Posted at 08:31 am by irwandy
(18) Comments  

Thursday, January 12, 2006
Malaysian Drivers : Edisi yg ke berapa ntah!

Bayangkan, aku kerja 5 setengah hari seminggu. Isnin - Jumaat dan Sabtu. Sabtu tak jem, so takde masalah. Yang paling aku bengang dan tension bila lalu kat MRR2, lepas Bukit Antarabangsa, diorang suka sgt lalu emergency lane yg mengakibatkan traffic jam yg teruk pagi-pagi. Lepas tu sikap pemandu yg cukup suka potong Q. Nampak je ruang kosong, terus masuk. Pastu masuk lane yg asal. Mcm sial. Setiap hari aku encounter situasi ni. Boleh kena darah tinggi kalau camni.

Kat elevated highway, masa nak balik ke rumah exit di MRR2, jalan yg satu lane jadi dua lane, lalu mengakibatkan kesesakan di MRR2 Ulu Kelang. Yang buat elevated highway ni pon bangang, sapa suh buat exit kat situ sbb kat situ byk merging lanes. Kereta2 dari Cheras, dari Ampang & elevated highway. Jadi mcm bottleneck. Buat highway takda otak ka. Jalan2 kat Malaysia ni sudah jadi macam itu Menteri Kerja Raya, Samy Vellu punya otak. Berselirat. Pusing2. Kelam kabut. Kalau aku jadi PM, dialah org pertama yg aku akan pecat. Hahahahah.

Dekat highway NKVE pulak, pergi dan balik, aku ni mmg suka bawak laju. Tapi kalau kereta takde pun, aku takde la nak cruising kat lane kanan sekali. Lane tgh utk cruising, bukan lane kanan. Lane kanan utk memotong. Walaupun aku bawak 140-160km/h, kalau tade kereta, aku tetap ikut lane tgh. Lagi selamat rasanya.

Tapi ada drivers yg takde otak. Lane kanan dia cruising. Lane tgh dia bawak 80km/h. Padahal kat situ speed limit 110km/h. Kalau nak bawak slow than 90km/h, tolong la ikut lane kiri. Diorang yg bawak slow kat lane tengah ni la penyebab traffic jam selalunya. Kalau nak bawak slower than 60km/h on highway, then u don't deserved to drive at highways. Baik join dgn orang yg tgh belajar memandu yg tampal L kat kereta. Same goes kat highway MRR2, kat sana orang suka sgt driver 60km/h kat lane tgh. Too slow kat tengah. Then, bila traffic jam, nak memotong Q pulak. Dah le bawak slow kat lane tgh, pastu nak potong Q lagi. Selfish drivers. Atau dalam bahasa Melayu, JUAL IKAN punya drivers. Hahahahahahh.

Ada satu time nih, aku tgh bawak dlm 180km/h kat NKVE kat lane kanan, nak cepat time tu. Tetiba je ada satu BMW ni masuk lane kanan dgn slow. Aku pun emergency brake dan hon kereta tu. Nak je aku keluar and maki org tu. Pastu dia memecut, aku follow dia, aku cucuk dia..sampai dia fedup sbb malu kot BMW 320i kena cucuk dgn Honda. Muahahahahahahah. Puas hati aku.

So, basically this entry is about slow drivers, selfish drivers & takdak otak punya drivers. Not to say that I'm a perfect driver. But the attitude of Malaysian drivers sangat menyakitkan hati. Hopefully kerajaan akan buat undang-undang utk saman slow drivers nih yg dok kat lane tengah, yg menjadi punca traffic jam. Kalau nak kata Kancil mmg slow, aku pun penah bawak kancil dulu. Tapi takde la nak bawak slow kat tgh. Nuff said.

### - Minta maaf banyak2 kalau ada yg terasa. Sekadar luahan hati yg membara. http://irwandy.fotopages.com


Posted at 12:33 am by irwandy
(11) Comments  

Tuesday, January 10, 2006
Nak buat camne hah?

Hari tu aku ada idea nak update blog ni. Ada satu entry yg interesting. Tapi bila dah rajin nak update, aku dah lupa. Damnnn. Lain kali kena tulis sket dulu pastu save as draft. Tu pun aku boleh lupa. Hehe.

Anyway, ingat tak dulu aku dah jual skuter aku. Skang ni aku tgh terfikir nak beli skuter balik. Hahaha. Bukan apa, aku ni dok kat area Tmn Melawati/Lembah Keramat. Kerja kat Shah Alam. Everyday aku ulang-alik, 40 - 45km sehala. So, 80 - 90km per day. Tu tak masuk lagi kalau aku merayap tempat lain. Kereta aku baru setahun, mileage dah melepasi paras 40,000km. Tol utk sebulan hampir RM300. Minyak petrol dlm RM400 - RM500 per month. Dah setahun dah camni. Pening wooo. Skang ni aku nak kena budget. Nak simpan duit.

Skang ni aku still tgh fikir perlu tak beli skuter. Parents aku tak galakkan tapi diorang faham. Aku ni jenis mintak restu parents aku sebelum beli motor/skuter. Alhamdulilah, setakat ni dah 3 motor aku beli dgn restu mereka. Tanpa restu mereka, tak mungkin aku berada di sini lagi. Parents aku kata baik beli laptop utk gantikan laptop yg dah rosak tu. Hmmm...O2 XDA Atom lagi...Nikon Lense VR 18-200mm lagi..heheh...keep on dreaming ND!

### - Upacara penyembelihan lembu beramai-ramai di http://irwandy.fotopages.com


Posted at 11:46 pm by irwandy
(7) Comments  

Monday, January 09, 2006
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!

Dah lama tak tgk lembu kena korban. Tapi bau yg tak tahan tu. Aku nak tgk gak esok! Tapi nak tau tak satu menda pelik? Aku jarang atau tak makan langsung daging korban. Sebab lepas tgk lembu kena korban, aku geli nak makan. Muahahahahah. Ntah apa-apa ntah aku nih. Huhuhu.

Jadi, sempena dgn hari yg mula ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Hari Raya Qurban, Selamat Hari Raya Eiduladha...(memana je la) utk anda dan semua umat Islam di seluruh dunia.

### - Fotopages Updated! http://irwandy.fotopages.com


Posted at 11:13 am by irwandy
(2) Comments  

Tuesday, January 03, 2006
Laporan Gathering Geng Jurnal 2005

Date : Sunday, 1st January 2006
Venue : Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya
Agenda : Gathering Tahunan Geng Jurnal 2005

First of all, terima kasih kpd semua yg sudi dtg dan terima kasih kpd para AJK Gathering kali ini. Walaupun kita semua boleh nampak kekurangan perhimpunan kali ini, tetapi ada kelebihan lain yg dpt membuatkan kita tak nampak akan kekurangan itu. Walaupun majlis bermula lewat 45 minit dari jadual, tetapi majlis berjaya ditamatkan mengikut jadual. Alhamdulillah.

Kelebihan yg saya maksudkan adalah pasangan pengacara, Mat Jan & Bean. Bagi saya mereka telah lebih dari berjaya mengacarakan majlis ini. Mereka juga mempersembahkan rap yg sungguh best. Lagi best drpd Too Phat..hehe. Saya lihat para hadirin sememangnya terhibur dgn kelakuan dan gurauan kedua-dua pengacara yg berwibawa ini. Tahniah saya ucapkan. Tahniah juga kpd Attokz kerana berjaya menjadi DJ yg best di samping menolong saya memantau perjalanan majlis.

Pada gathering kali ini, saya dan Ap telah membuat persembahan Unplugged. Sebanyak empat lagu telah dinyanyikan oleh saya diiringi dgn petikan gitar Ap. Lagu pertama yg dimainkan adalah lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Bunyi Gitar, diikuti dengan lagu drpd Peterpan - Mungkin Nanti, Dewa - Aku Cinta Kau Dan Dia, dan akhir sekali, lagu drpd Radja - Takkan Melupakanmu. Alhamdulillah, para penonton berasa amat terhibur. Ada yg terjerit-jerit dan ada yg naik ke pentas kasi bunga. Hahahah. Thanks Nana! Saya terharu apabila membaca laporan-laporan para blogger yg dtg yg telah memberi komen terhadap persembahan Ap dan saya. Contohnya di blog Cik_Easy. Terima kasih banyak2 saya ucapkan! Ini bermakna misi kami telah berjaya! Terima kasih byk2 juga kpd Ap yg mengiringi saya utk bermain gitar bersama saya. Thanks a lot dude!  

Saya akui saya tidak sempat beramah mesra dgn semua hadirin yg datang. Saya minta maaf banyak2. Masa tidak mengizinkan saya. Nak makan pun saya tak sempat. Lepas gathering, saya terus ke Alamanda utk mentekedarah. Haha. Harap2 kita akan berjumpa dan beramah mesra pada aktiviti yg akan datang.

Akhir sekali, saya ucapkan tahniah kpd Basri, selaku Pengarah Projek Gathering Geng Jurnal 2005 kali ini. Dan juga kpd para AJK yg lain, tahniah saya ucapkan.

### - Sila lihat gambar di Flickr Cik_Easy. Saya punya byk yg blur. Belum sempat nak upload.


Posted at 05:17 pm by irwandy
Comments Please  

Next Page]