|
|
 |
Tuesday, January 10, 2006
Hari tu aku ada idea nak update blog ni. Ada satu entry yg interesting. Tapi bila dah rajin nak update, aku dah lupa. Damnnn. Lain kali kena tulis sket dulu pastu save as draft. Tu pun aku boleh lupa. Hehe.
Anyway, ingat tak dulu aku dah jual skuter aku. Skang ni aku tgh terfikir nak beli skuter balik. Hahaha. Bukan apa, aku ni dok kat area Tmn Melawati/Lembah Keramat. Kerja kat Shah Alam. Everyday aku ulang-alik, 40 - 45km sehala. So, 80 - 90km per day. Tu tak masuk lagi kalau aku merayap tempat lain. Kereta aku baru setahun, mileage dah melepasi paras 40,000km. Tol utk sebulan hampir RM300. Minyak petrol dlm RM400 - RM500 per month. Dah setahun dah camni. Pening wooo. Skang ni aku nak kena budget. Nak simpan duit.
Skang ni aku still tgh fikir perlu tak beli skuter. Parents aku tak galakkan tapi diorang faham. Aku ni jenis mintak restu parents aku sebelum beli motor/skuter. Alhamdulilah, setakat ni dah 3 motor aku beli dgn restu mereka. Tanpa restu mereka, tak mungkin aku berada di sini lagi. Parents aku kata baik beli laptop utk gantikan laptop yg dah rosak tu. Hmmm...O2 XDA Atom lagi...Nikon Lense VR 18-200mm lagi..heheh...keep on dreaming ND!
### - Upacara penyembelihan lembu beramai-ramai di http://irwandy.fotopages.com
Posted at 11:46 pm by irwandy
Permalink
Monday, January 09, 2006
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
Dah lama tak tgk lembu kena korban. Tapi bau yg tak tahan tu. Aku nak tgk gak esok! Tapi nak tau tak satu menda pelik? Aku jarang atau tak makan langsung daging korban. Sebab lepas tgk lembu kena korban, aku geli nak makan. Muahahahahah. Ntah apa-apa ntah aku nih. Huhuhu.
Jadi, sempena dgn hari yg mula ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Selamat Hari Raya Qurban, Selamat Hari Raya Eiduladha...(memana je la) utk anda dan semua umat Islam di seluruh dunia.
### - Fotopages Updated! http://irwandy.fotopages.com
Posted at 11:13 am by irwandy
Permalink
Tuesday, January 03, 2006
Laporan Gathering Geng Jurnal 2005
Date : Sunday, 1st January 2006 Venue : Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya Agenda : Gathering Tahunan Geng Jurnal 2005
First of all, terima kasih kpd semua yg sudi dtg dan terima kasih kpd para AJK Gathering kali ini. Walaupun kita semua boleh nampak kekurangan perhimpunan kali ini, tetapi ada kelebihan lain yg dpt membuatkan kita tak nampak akan kekurangan itu. Walaupun majlis bermula lewat 45 minit dari jadual, tetapi majlis berjaya ditamatkan mengikut jadual. Alhamdulillah.
Kelebihan yg saya maksudkan adalah pasangan pengacara, Mat Jan & Bean. Bagi saya mereka telah lebih dari berjaya mengacarakan majlis ini. Mereka juga mempersembahkan rap yg sungguh best. Lagi best drpd Too Phat..hehe. Saya lihat para hadirin sememangnya terhibur dgn kelakuan dan gurauan kedua-dua pengacara yg berwibawa ini. Tahniah saya ucapkan. Tahniah juga kpd Attokz kerana berjaya menjadi DJ yg best di samping menolong saya memantau perjalanan majlis.
Pada gathering kali ini, saya dan Ap telah membuat persembahan Unplugged. Sebanyak empat lagu telah dinyanyikan oleh saya diiringi dgn petikan gitar Ap. Lagu pertama yg dimainkan adalah lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Bunyi Gitar, diikuti dengan lagu drpd Peterpan - Mungkin Nanti, Dewa - Aku Cinta Kau Dan Dia, dan akhir sekali, lagu drpd Radja - Takkan Melupakanmu. Alhamdulillah, para penonton berasa amat terhibur. Ada yg terjerit-jerit dan ada yg naik ke pentas kasi bunga. Hahahah. Thanks Nana! Saya terharu apabila membaca laporan-laporan para blogger yg dtg yg telah memberi komen terhadap persembahan Ap dan saya. Contohnya di blog Cik_Easy. Terima kasih banyak2 saya ucapkan! Ini bermakna misi kami telah berjaya! Terima kasih byk2 juga kpd Ap yg mengiringi saya utk bermain gitar bersama saya. Thanks a lot dude!
Saya akui saya tidak sempat beramah mesra dgn semua hadirin yg datang. Saya minta maaf banyak2. Masa tidak mengizinkan saya. Nak makan pun saya tak sempat. Lepas gathering, saya terus ke Alamanda utk mentekedarah. Haha. Harap2 kita akan berjumpa dan beramah mesra pada aktiviti yg akan datang.
Akhir sekali, saya ucapkan tahniah kpd Basri, selaku Pengarah Projek Gathering Geng Jurnal 2005 kali ini. Dan juga kpd para AJK yg lain, tahniah saya ucapkan.
### - Sila lihat gambar di Flickr Cik_Easy. Saya punya byk yg blur. Belum sempat nak upload.
Posted at 05:17 pm by irwandy
Permalink
Sunday, January 01, 2006

I can feel the new year's freshness with some fresh new year's resolution. I can't think much at this time but I do hope I will achieve my target by this year. And at this date, it's my Blog's Birthday! Happy 2nd Birthday to my blog!
So, I wanna take this opportunity to wish Happy New Year to everyone especially my blog readers. Thanks for your support all this while and thanks for the friendship. May God bless you guys.
### - I took the above picture from tHE 39th Restaurant, Darby Park on the New Year's Eve. More pictures at http://irwandy.fotopages.com
Posted at 10:33 am by irwandy
Permalink
Friday, December 30, 2005
It's the end of the year 2005. A lot of memories that I want to share but it's not that important. Only a few things that I can tell which is obvious. Just for the sake of my last entry for the year 2005. Hehehe.
Firstly, I guess this year was full of rezeki. Alhamdulillah. InsyaAllah, hopefully next year masih terbuka lagi pintu rezeki tu. Ameen.
This year was a hectic year! Working life & social life. I've made some new friends. Sampaikan dah taktau mana nak join bila setiap geng ajak keluar at the same time same day. Spent my time with new friends and old friends and a lot of events that I've been involved in. Every weekend, ada je event. Pening!
I'm glad that I've met so many good friends yg semakin rapat. You guys know who you are ;). My old friends, schoolmates and all of them who knows me. Thanks for your friendship!
Apa lagi eh..hmm...ahaa, my mom masuk newspaper KOSMO! masa bulan puasa, 2 pages penuh dgn cerita dia dan gambar dia. Terlupa pulak nak bagitau korang.
This year, I started to fall in love with photography. I bought Nikon D70S DSLR camera and been using it for the past 7 months. Still learning though. See my fotopages at http://irwandy.fotopages.com .
Ape lagi ah?...That's why I said, nothing interesting. Ada la lagi tapi rahsia laa. That's more interesting..hahaha. Just wait for my New Year's entry alright? ;) Can't wait for tomorrow and 1st day of New Year!
### - Fotopages Updated at http://irwandy.fotopages.com
Posted at 03:40 pm by irwandy
Permalink
|