|
|
 |
Friday, January 28, 2005
Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia adalah bahasa komunikasi rasmi utama di Malaysia. Tetapi nampaknya sekarang ini, bahasa Melayu semakin ditelan oleh Bahasa Inggeris. Mungkin ini adalah kerana struktur pembelajaran mengenai Bahasa Melayu tidak begitu menyerlah dan tidak kuat berbanding Bahasa Inggeris.
Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan cara Kementerian Pendidikan Malaysia membuat garis panduan terhadap skop subjek Bahasa Melayu di setiap sekolah mahupun di peringkat IPT. Anda semua tentu mengambil subjek Bahasa Melayu semasa anda menduduki peperiksaan SPM. Dan hampir setiap tahun, terdapat ramai desas-desus mengatakan bahawa kertas Bahasa Melayu adalah yang paling susah untuk dijawab.
Melalui apa yg kita belajar semasa di sekolah, saya dapati cara pengajaran untuk subjek Bahasa Melayu terlalu banyak menitik beratkan pembacaan daripada komunikasi atau pertuturan. Terlalu banyak teori daripada pertuturan. Ini berlainan dengan dengan Bahasa Inggeris yang selalu menekankan komunikasi dan "pronunciation". Akibatnya, ramai yang mendapati bahawa Bahasa Inggeris mudah dipelajari dan difahami. Saya juga berpendapat begitu.
Bagi saya, komunikasi atau secara praktikal adalah lebih penting daripada belajar teori. Melalui komunikasi, barulah ada minat terhadap budaya & bangsa di samping dapat menghayati keindahan bahasa Melayu. Dan seterusnya memartabatkan bahasa ibunda sendiri di negara sendiri. Seperti di Amerika Syarikat, mereka lebih mementingkan komunikasi dan praktikal daripada teori. Sebagai contoh, ramai rakyat Amerika mendapat keputusan yang buruk apabila mereka mengambil subjek "ENGLISH LANGUAGE". Itu bahasa mereka sendiri tetapi mereka tidak pandai dari segi teori. Tetapi kita sudah ada teori, hanya komunikasi & praktikal sahaja diperlukan untuk melengkapkannya.
Dalam subjek Bahasa Melayu juga, terdapat beberapa perkara yang saya rasakan tidak begitu penting dan hanya akan menyusahkan para pelajar dan seterusnya akan melenyapkan Bahasa Melayu itu sendiri. Saya rasa, adalah lebih baik jika "perkara-perkara" yg tidak penting itu dijadikan sebagai salah satu subjek utk mempraktikkan Bahasa Melayu secara praktikal supaya ianya lebih mudah difahami dan dihayati.
Bagi saya juga, Kementerian Pendidikan harus mengolah semula subjek Bahasa Melayu supaya semua kaum di Malaysia akan menghargainya dan berkomunikasi sepenuhnya dengan menggunakan Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan seharusnya mewujudkan satu lagi subjek atau sub-subjek untuk Bahasa Melayu iaitu Bahasa Melayu-komunikasi di sekolah-sekolah terutamanya untuk golongan yang bukan Melayu. Mungkin tak perlu bertutur dalam bahasa baku. Mungkin hanya bertutur seperti masyarakat Melayu biasa. Takkan nak jadi skema pulak kan?
Hmmm...kalau kementerian tak buat jugak, aku taktau ape akan jadi terhadap Bahasa Melayu akan datang.
Posted at 11:34 am by irwandy
Thursday, January 27, 2005
Aku selalunya bangun seawal 6.15am. Dah mandi dan bersiap, aku menghidupkan enjin kereta. Kasi enjin kereta panas dulu 5 minit sebelum bertolak ke office di Shah Alam. Setelah 5 minit, aku pun memulakan pemanduan.
Semasa memandu, aku selalu perasan ada makhluk ni selalu tumpang aku kat dalam kereta. Mula-mula aku biarkan je. Tapi lama kelamaan, makhluk ni mengganggu aku. Aku pun tak perasan bila tah makhluk ni masuk. Lain kali nak tumpang pun, cakap le awal-awal ye tak. Ni main masuk je tanpa kebenaran. Kalau nak tumpang pun, dok diam-diam je la. Jangan kacau aku nak drive.
Si penumpang ni, memang ikut suka hati dia nak turun kat memana. Kadang-kadang kat Elevated Highway Ampang tu. Kadang-kadang kat Jalan Sultan Ismail. Ada juga yang turun kat Jalan Kuching, Jalan Duta, NKVE highway dan lain-lain. Turun plak tak bagitau. "Fare meter" kat kete aku menunjukkan 103.3 ataupun 92.9, kadang-kadang fare meter tu menunjukkan CD 6 : Track 3 : 1:33mins . Penumpang ni nampak jumlah kat fare meter tu tapi main blah je. Tapi takpe. Lepas ni, aku taknak biarkan pintu kete aku terbuka dengan begitu lama lagi kat rumah. Main masuk je buat muka tak malu. Pastu kacau aku drive. Then, keluar ikut suka hati.
Setelah diteliti secara saintifik menerusi beberapa proses kimia dan melalui kaedah fizik, aku mendapati bahawa penumpang itu sebenarnya adalah seekor NYAMUK! Nyamuk ni masuk bila aku bukak pintu kete, pastu dia keluar bila aku bukak tingkap. Kacau je nyamuk nih!
Posted at 09:19 am by irwandy
Wednesday, January 26, 2005
 |
Filem ini mengisahkan seorang jutawan, Howard Hughes, pada tahun 1920an -1940an. Beliau merupakan seorang penerbit filem, pembuat kapal terbang moden dan juga pemilik syarikat penerbangan TWA (Trans World Airlines). Howard Hughes merupakan seseorang yang tidak kenal erti kalah. Beliau bercita-cita untuk membuat sebuah filem yang paling mahal dan terbesar dalam sejarah dan beliau telah membuktikannya pada waktu itu. Beliau juga bercita-cita untuk mencipta sebuah kapal terbang perang dan telah pun berjaya dibuktikan dalam filem ini. Beliau juga telah mencipta kapal terbang yang terbesar dan pertama dalam sejarah. Beliau menangkis pemikiran rakyat Amerika Syarikat bahawa kapal terbang besar dan berat lebih dari 2000 tan tidak boleh terbang.
Filem ini adalah berdasarkan daripada sebuah kisah benar mengenai Howard Hughes. Disebabkan beliau adalah seorang yang perfectionist, beliau telah berjaya di dalam bidang yang diminatinya iaitu "aviation". Anda boleh membaca sejarah hidupnya di SINI.
Setelah menonton filem ini, saya berasa amat kagum dengan ciri-ciri yang ada pada Howard Hughes. Watak Howard Hughes dilakonkan oleh Leonardo di Caprio. Nampaknya Leonardo di Caprio telah berjaya melakonkan watak ini dengan sangat baik. Kalau tidak, tak mungkin beliau mendapat Best Actor Nominee utk Anugerah Oscar yg akan datang ini melalui filem The Aviator.
Bagi saya, filem ini sangat menarik untuk ditonton. Tetapi ianya bukanlah filem yang terbaik pernah saya tonton. Saya cuma suka akan jalan ceritanya mengenai sejarah hidupnya. Saya juga suka bidang "aviation". Namun, ternyata pengarah filem ini, Martin Scorsese, telah berjaya menghidupkan filem ini terutamanya watak Howard Hughes. Tidak hairanlah filem ini mendapat 11 nomination untuk Anugerah Oscar akan datang! Tahu-tahu sajalah filem-filem yang dapat anugerah Oscar, mungkin bagi kita bosan, tetapi bagi penggiat seni filem, mereka menilai dari sudut-sudut yang tertentu dengan penuh teliti.
Rating : 4/5 |
Posted at 03:25 pm by irwandy
Tuesday, January 25, 2005
Kita selalu melihat orang-orang yang belum kahwin atau belum ada apa-apa ikatan, berjalan sama-sama sambil berpegangan tangan sambil berpelukan di khalayak ramai. Mungkin setiap hari kita nampak kan? Dan mereka terdiri di kalangan golongan yang muda-muda.
Tapi kan, kenapa pasangan yang dah berkahwin, amat jarang sekali kita lihat mereka berjalan berpegangan tangan? Bukan jarang je, malah...amat susah nak tgk! Hehe...Just wondering je...kenapa ek?
Posted at 03:26 pm by irwandy
Monday, January 24, 2005
Selepas kejayaan AIR ASIA menawarkan khidmat penerbangan tambang murah, kini muncul pula syarikat penerbangan murah baru yang dinamakan, ASMARA AIR!
Pada mulanya saya berasa pelik. Dan sudah tentu ramai yang akan memikirkan yang bukan-bukan tentang nama ASMARA AIR ini kerana saya juga begitu. Hehehe. Sebelum ni diorang nak namakan ASMARADANA AIR. Lagi la cam siot..hehe..Kenapa nama ASMARA AIR? Adakah untuk pasangan-pasangan yang ingin berasmara? Hahahahah...
Jikalau AIR ASIA menggunakan "7 kali seminggu, 3 kali sehari"...bagaimana pula dengan ASMARA AIR? Wahahahahha...are you thinking what I'm thinking?..hehe
Contoh keadaan yg mungkin berlaku di dalam penerbangan ASMARA AIR...
The stewardesses would be walking the aisle with their drinks trolley and would be asking...
"Sir, would you like to have coffee, tea or ME?"
ASMARA AIR : 5 days a week, 1 time a day. (What a loser..) Air Asia lagi terer...wahahahah...
### - "Asmara ini yg hanyutkan kitaaaa...asmara ini yg hanyutkan akuuu.."...Bakal lagu tema ASMARA AIR! ...muahahahah...
Posted at 08:39 am by irwandy
|