Thursday, January 27, 2005
Aku selalunya bangun seawal 6.15am. Dah mandi dan bersiap, aku menghidupkan enjin kereta. Kasi enjin kereta panas dulu 5 minit sebelum bertolak ke office di Shah Alam. Setelah 5 minit, aku pun memulakan pemanduan.
Semasa memandu, aku selalu perasan ada makhluk ni selalu tumpang aku kat dalam kereta. Mula-mula aku biarkan je. Tapi lama kelamaan, makhluk ni mengganggu aku. Aku pun tak perasan bila tah makhluk ni masuk. Lain kali nak tumpang pun, cakap le awal-awal ye tak. Ni main masuk je tanpa kebenaran. Kalau nak tumpang pun, dok diam-diam je la. Jangan kacau aku nak drive.
Si penumpang ni, memang ikut suka hati dia nak turun kat memana. Kadang-kadang kat Elevated Highway Ampang tu. Kadang-kadang kat Jalan Sultan Ismail. Ada juga yang turun kat Jalan Kuching, Jalan Duta, NKVE highway dan lain-lain. Turun plak tak bagitau. "Fare meter" kat kete aku menunjukkan 103.3 ataupun 92.9, kadang-kadang fare meter tu menunjukkan CD 6 : Track 3 : 1:33mins . Penumpang ni nampak jumlah kat fare meter tu tapi main blah je. Tapi takpe. Lepas ni, aku taknak biarkan pintu kete aku terbuka dengan begitu lama lagi kat rumah. Main masuk je buat muka tak malu. Pastu kacau aku drive. Then, keluar ikut suka hati.
Setelah diteliti secara saintifik menerusi beberapa proses kimia dan melalui kaedah fizik, aku mendapati bahawa penumpang itu sebenarnya adalah seekor NYAMUK! Nyamuk ni masuk bila aku bukak pintu kete, pastu dia keluar bila aku bukak tingkap. Kacau je nyamuk nih!
Posted at 09:19 am by
irwandy
Wednesday, January 26, 2005
 |
Filem ini mengisahkan seorang jutawan, Howard Hughes, pada tahun 1920an -1940an. Beliau merupakan seorang penerbit filem, pembuat kapal terbang moden dan juga pemilik syarikat penerbangan TWA (Trans World Airlines). Howard Hughes merupakan seseorang yang tidak kenal erti kalah. Beliau bercita-cita untuk membuat sebuah filem yang paling mahal dan terbesar dalam sejarah dan beliau telah membuktikannya pada waktu itu. Beliau juga bercita-cita untuk mencipta sebuah kapal terbang perang dan telah pun berjaya dibuktikan dalam filem ini. Beliau juga telah mencipta kapal terbang yang terbesar dan pertama dalam sejarah. Beliau menangkis pemikiran rakyat Amerika Syarikat bahawa kapal terbang besar dan berat lebih dari 2000 tan tidak boleh terbang.
Filem ini adalah berdasarkan daripada sebuah kisah benar mengenai Howard Hughes. Disebabkan beliau adalah seorang yang perfectionist, beliau telah berjaya di dalam bidang yang diminatinya iaitu "aviation". Anda boleh membaca sejarah hidupnya di SINI.
Setelah menonton filem ini, saya berasa amat kagum dengan ciri-ciri yang ada pada Howard Hughes. Watak Howard Hughes dilakonkan oleh Leonardo di Caprio. Nampaknya Leonardo di Caprio telah berjaya melakonkan watak ini dengan sangat baik. Kalau tidak, tak mungkin beliau mendapat Best Actor Nominee utk Anugerah Oscar yg akan datang ini melalui filem The Aviator.
Bagi saya, filem ini sangat menarik untuk ditonton. Tetapi ianya bukanlah filem yang terbaik pernah saya tonton. Saya cuma suka akan jalan ceritanya mengenai sejarah hidupnya. Saya juga suka bidang "aviation". Namun, ternyata pengarah filem ini, Martin Scorsese, telah berjaya menghidupkan filem ini terutamanya watak Howard Hughes. Tidak hairanlah filem ini mendapat 11 nomination untuk Anugerah Oscar akan datang! Tahu-tahu sajalah filem-filem yang dapat anugerah Oscar, mungkin bagi kita bosan, tetapi bagi penggiat seni filem, mereka menilai dari sudut-sudut yang tertentu dengan penuh teliti.
Rating : 4/5 |
Posted at 03:25 pm by
irwandy
Tuesday, January 25, 2005
Kita selalu melihat orang-orang yang belum kahwin atau belum ada apa-apa ikatan, berjalan sama-sama sambil berpegangan tangan sambil berpelukan di khalayak ramai. Mungkin setiap hari kita nampak kan? Dan mereka terdiri di kalangan golongan yang muda-muda.
Tapi kan, kenapa pasangan yang dah berkahwin, amat jarang sekali kita lihat mereka berjalan berpegangan tangan? Bukan jarang je, malah...amat susah nak tgk! Hehe...Just wondering je...kenapa ek?
Posted at 03:26 pm by
irwandy
Monday, January 24, 2005
Selepas kejayaan
AIR ASIA menawarkan khidmat penerbangan tambang murah, kini muncul pula syarikat penerbangan murah baru yang dinamakan,
ASMARA AIR!
Pada mulanya saya berasa pelik. Dan sudah tentu ramai yang akan memikirkan yang bukan-bukan tentang nama
ASMARA AIR ini kerana saya juga begitu. Hehehe. Sebelum ni diorang nak namakan
ASMARADANA AIR. Lagi la cam siot..hehe..Kenapa nama
ASMARA AIR? Adakah untuk pasangan-pasangan yang ingin berasmara? Hahahahah...
Jikalau
AIR ASIA menggunakan "7 kali seminggu, 3 kali sehari"...bagaimana pula dengan
ASMARA AIR? Wahahahahha...are you thinking what I'm thinking?..hehe
Contoh keadaan yg mungkin berlaku di dalam penerbangan
ASMARA AIR...
The stewardesses would be walking the aisle with their drinks trolley and would be asking...
"Sir, would you like to have coffee, tea or ME?"
ASMARA AIR : 5 days a week, 1 time a day. (What a loser..) Air Asia lagi terer...wahahahah...
### -
"Asmara ini yg hanyutkan kitaaaa...asmara ini yg hanyutkan akuuu.."...Bakal lagu tema ASMARA AIR! ...muahahahah...
Posted at 08:39 am by
irwandy
Sunday, January 23, 2005
Karaoke-ing with my Bestfriends...
Semalam aku kerja. Busan gile dok sengsorang kat office. Then, balik rumah...tido!..After Maghrib, gi rumah Badri kat Subang ade makan-makan sempena Raya Haji. Then, gi amik Herma, Freeda & Shazee kat Melawati nak gi karaoke.
We had so much fun last nite. Me, Herma, Freeda & Shazee went to Plaza Ampang for karaoke-ing session. Tak pernah nak berkaraoke sesama. This is our first time pergi sama-sama. Me, Herma & Freeda known each other 9 years ago. Shazee is Freeda's husband. Diorang kawin tahun 2003.
After karaoke-ing for 2 hours, we all gi lepak makan sampai la kul 4 pagi. Great nite. After this semua dah jadi busy balik. That's why we spent our time to the max yesterday...hehe...
Pictures updated at
http://irwandy.fotopages.com (Karaoke pics)
Posted at 03:40 pm by
irwandy