Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, January 23, 2005
Karaoke-ing with my Bestfriends...

Semalam aku kerja. Busan gile dok sengsorang kat office. Then, balik rumah...tido!..After Maghrib, gi rumah Badri kat Subang ade makan-makan sempena Raya Haji. Then, gi amik Herma, Freeda & Shazee kat Melawati nak gi karaoke.

We had so much fun last nite. Me, Herma, Freeda & Shazee went to Plaza Ampang for karaoke-ing session. Tak pernah nak berkaraoke sesama. This is our first time pergi sama-sama. Me, Herma & Freeda known each other 9 years ago. Shazee is Freeda's husband. Diorang kawin tahun 2003.

After karaoke-ing for 2 hours, we all gi lepak makan sampai la kul 4 pagi. Great nite. After this semua dah jadi busy balik. That's why we spent our time to the max yesterday...hehe...

Pictures updated at http://irwandy.fotopages.com (Karaoke pics)

Posted at 03:40 pm by irwandy
(1) Comments  

Friday, January 21, 2005
NATIONAL TREASURE

  Semalam saya tengok movie "National Treasure" kat GSC Midvalley Megamall. Saya berasa amat kagum dengan cerita ni. Mungkin kerana saya suka jenis filem seperti ini, contohnya seperti Indiana Jones. Sejak dari awal permulaan cerita hingga ke penghabisan, saya tak senang duduk untuk mengetahui apa yang mereka hendak buat dan apa yg mereka akan dapat daripada setiap klu yang didapati.

Boleh dikatakan filem ini adalah salah sebuah filem yang paling menarik pernah saya tengok sejak tahun lepas. Ianya mengandungi unsur-unsur sejarah Amerika Syarikat dan sedikit arkeologi. Terdapat juga elemen-elemen yang luar biasa dalam filem ini. I don't know how to describe it into words. Saya ni bukan orang filem.

Sememangnya filem ini amat menarik untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Saya sarankan kepada semua supaya pergi menonton filem ini. Usually kita cakap, it's worth the 10 ringgit. Tapi bagi saya, it's worth more than that! So, apa tunggu lagi. Click www.gsc.com.my or www.tgv.com.my and book your ticket now!

Rating : 4.95 / 5

Posted at 05:26 pm by irwandy
(9) Comments  

Thursday, January 20, 2005
GT3 & SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA

Gangguan Teksual 3 (GT3) telah aku dapat dari Tok Rimau hari Jumaat yg lepas. Dan kesemua 5 naskhah original telah habis ditempah. Kalau sesiapa nak lagi, mungkin aku boleh photostate dan jual kat sesapa yg nak. Tapi kasitau dulu la eh?...More info at Gangguan Teksual

So, dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA
kepada semua Muslimin & Muslimat

 
Ikhlas dari,

Irwandy Mazwir (ND)


Posted at 10:39 am by irwandy
(2) Comments  

Wednesday, January 19, 2005
Pakaian Ketat (18SX)

Tadi dalam conference YM, ada satu perbincangan tentang mengapa perempuan suka berpakaian ketat atau fit. Apai menceritakan, semasa dia di dalam LRT, dia melihat bahawa 85% drpd perempuan yang tidak bertudung memakai pakaian ketat. Itu baru di dalam LRT.

Karip berpendapat perempuan bukan sengaja memakai pakaian ketat. Dia kata ini adalah kerana perempuan itu sudah "membesar" dan pakaian mereka menjadi ketat dan disebabkan itulah pakaian mereka nampak ketat.

Akibat daripada berpakaian ketat, timbul pula salah satu organ yang mmg sudah sedia timbul tapi amat ketara sekali ketimbulannya. Apabila organ itu timbul secara ketat dan padat, secara tidak langsung, ini akan menimbulkan nafsu jantina yang bertentangan dengan perempuan dan juga menimbulkan perasaan untuk meng'usha' apa yang telah ditimbulkan itu.

Kalau organ tersebut sudah timbul secara padat & ketat, kaum perempuan berasa tidak selesa apabila kaum lelaki melihat apa yang ditimbulkan. Ada juga daripada mereka yang marah kpd kaum lelaki yg melihat organ mereka yg tertimbul. Pelik.

Walaupun berpakaian ketat, hanya segelintir sahaja yang terserlah ketimbulannya. This is Malaysia! Gaji kecik, kereta kecik, rumah kecik. Jadi, tak hairanlah jika apa yang ditimbulkan tu kecik juga. Hehe. :p

Bagi aku, buat tak peduli je. Suka hati diorang le. Bukan aku yang dapat dosa. Asalkan diorang baik dgn aku, cukup. Jangan buat  hal dengan aku sudah.

### - Please be open minded. Tiada kaitan dengan orang yang hidup mahupun yang telah mati. Just my thoughts only.

Posted at 11:21 am by irwandy
(122) Comments  

Tuesday, January 18, 2005
ANUGERAH JUARA LAGU 19

Mungkin ramai yang menyangka bahawa Anugerah Juara Lagu ke 19 ini agak "lemau". Saya pun tak sure kenapa. Walau apa pun, saya rasa ada kekurangan dalam Anugerah Juara Lagu kali ini. Susah nak disusun dengan ayat. Perkara itu kita boleh rasa sendiri apabila melihat AJL 19.

Kemenangan kumpulan Spider dengan lagu mereka, Rela Ku Pujuk, tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Ternyata lagu itu berjaya memikat hati para juri professional. Lagu ini mempunyai kekuatan tersendiri pada liriknya. Kemudian dinyanyikan oleh Tam, suara rock & sedikit suara serak-serak basah membuatkan lagu itu berjaya memikat hati peminat di Malaysia. Dengan susunan serta alunan muzik yang baik, membuatkan lagu itu lebih "berhantu" daripada lagu lain yang dipertandingkan.

Memang ramai yang menyangka lagu Pulangkan, dendangan Misha Omar akan menjadi juara. Tapi bagi saya, dari segi lirik dan kelainan muzik, lagu Rela Ku Pujuk jauh lebih baik. Apabila kita dengar lagu Pulangkan, kita akan terbayangkan Pontianak kerana mereka kata lagu ini berhantu. Tapi kalau anda mendengar lagu Rela Ku Pujuk, anda rasakan ada satu semangat baru dalam diri anda terutamanya lelaki yg dalam proses hendak memikat perempuan yang diingininya.

Jadi, Misha Omar dengan lagunya, Pulangkan, ciptaan Ajai, hanya memenangi Kategori Balada. Itu pun sudah cukup puas hati. Sememangnya Misha Omar berhak untuk memenangi kategori itu daripada artis-artis lain yg bertanding. Vokal Misha Omar sememangnya tidak dapat dipertikaikan dan seharusnya memenangi Anugerah Vokal Terbaik. Dan ternyata Misha berjaya meraihnya. Tetapi sekiranya ada vokal lelaki terbaik, saya akan pilih Zamani untuk meraihnya kerana suara beliau amat mantap semasa menyanyi live. Beliau pandai bermain dan menjaga vokalnya dengan baik.

Kemenangan Dayang Nurfaizah dalam kategori Etnik Kreatif pula sememangnya tidak disangkakan. Tetapi saya rasa beliau layak memenanginya kerana kelainan muzik yang ditonjolkan dalam lagu yang didendangkan. Tiada apa yang hendak saya komen tentang Kategori Etnik Kreatif ini lagi.

Anugerah Persembahan Terbaik dimenangi oleh Noraniza Idris. Akhirnya! Akhirnya beliau menang juga. Tapi kali ni takde satu batalion penari datang untuk mengiringi beliau. Kali ini juga beliau tidak dijunjung seperti susu cap junjung cap teko. Hahaha...

Mungkin ramai orang anggap Anuar Zain patut menang, at least dalam kategori yang beliau bertanding. Sememangnya Anuar Zain mempunyai vokal yang sangat mantap. Saya pun sendiri admire suara beliau. Tetapi, semasa beliau menyanyikan lagu Semua Untukmu pada AJL19 ini, suara beliau ada sedikit terkucil. Kalau anda perasan, ada reaksi wajah ketidakpuashatiannya terhadap suara beliau yang terkucil sedikit waktu itu. Mungkin dari situ beliau sudah tahu bahawa beliau akan pulang dengan tangan yang kosong. Keadaan ini juga berlaku pada AJL tahun 2003 di mana suara beliau juga ada terkucil sedikit semasa mendendangkan lagu Keabadian Cinta.

Finalis-finalis yang lain telah mempersembahkan lagu-lagu mereka dengan baik sekali walaupun ramai yang menganggap AJL19 ini "lemau". Mungkin lemau dari segi lagu kot. Walau apa pun, saya amat berpuas hati dengan keputusan AJL 19 kali ini. Tiada apa yang hendak dipertikaikan. Semuanya telah terbukti. Akhirnya, lagu berhantu sebenar adalah lagu Rela Ku Pujuk dendangan kumpulan Spider!


### - Harap-harap AJL tahun 2005 akan dimenangi oleh Jac dengan lagu Gemilang. Ini satu lagi lagu yang menaikkan semangat diri apabila didengar.

Posted at 10:20 am by irwandy
(6) Comments  

Next Page]