Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, January 17, 2005
GANGSTER

Hari Jumaat lepas aku gi tgk filem GANGSTER. Nama je pun dah cam nak tunjuk ke'gangster'an cerita tu. Aku pun fikir, why not. Tengok je la. Lagipun member aku dah siap belikan tiket. Bila dah tengok, haaa...ni la aku nak cerita.

Aku tak paham whyyy..whyyy...kenapa hampir semua filem melayu mesti nak tunjuk kat ade bapok la..maknyah la...lelaki lembut laaa...Memang tak dinafikan dalam dunia perfileman, teater & tarian...ramai sgt lelaki lembut. Asyik nak highlight je menda-menda nih buat hape...aku rasa meluat pun ade...

Aku sebenarnya malas nak kutuk filem Melayu. Tapi memang perlu dikutuk. Memang harus dikritik. Kalau korang nak tengok kereta mitsubishi evo & subaru impreza keluarkan bunyik cam kete F1...this is the movie you should watch! A 280bhp - 300bhp car sounds like a 800bhp F1 car! Agak-agak la kan. Nampak sangat diorang ni tak buat research sebelum nak hasilkan filem camni. For those yang taktau about cars and naive about cars, boleh la tengok cerita nih.

Then, diorang nak highlight 3 kehidupan wargakota yang berbeza di mana ketiga-tiga kehidupan ni Rosyam Nor terlibat. Memang tak dinafikan Rosyam Nor pelakon yang hebat. Tapi ntah la. Something wrong with this movie. Pastu ending pun cam sial. Promosi je gempak. Cerita tak segempak promosi. Sesapa yang nak tengok tu, takyah le tengok. Kalau korang nak tgk sebab Rosyam Nor, tu takpe. Kalau nak tgk sebab jalan cerita tu & effect-effect dalam cerita tu...takyah le. Most of the effects tak sesuai langsung.

Kesimpulannya, filem Gangster ni macam takde moral of the story. Mungkin moral of the story, ermm..ntah..tade kot! Ianya merupakan satu lagi filem Melayu yang diperbesar-besarkan tapi dari segi kualiti, takde langsung! Cam hampeh ade la..hehe

Rating : 2/5

P/S : Just my thoughts...

Posted at 11:33 pm by irwandy
(9) Comments  

Sunday, January 16, 2005
Betapa Agungnya Pengorbanan

Lepas aku register untuk masuk hospital sebagai pesakit, diorang suh aku duduk kat tempat yg disediakan. Sambil-sambil aku amik gambar, aku terlihat sesuatu yang amat menyentuh hati aku.

Seorang ayah yang sedang mendukung anak lelakinya yang berusia dalam lingkungan 3-4 tahun. Anaknya nampak lemah dan sakit. Ayahnya membawa sebuah beg yang besar. Ayahnya nampak blur. Tidak salah sekiranya aku meneka bahawa mereka bukan dari kalangan orang yang berada. Mereka berpakaian selekeh. Rambut ayahnya seperti tidak bersikat. Tapi aku amat tersentuh apabila ayahnya seperti orang yang baru hendak belajar berurusan dengan pihak hospital untuk memasukkan anaknya ke wad.

Bukan anda tidak tahu, Gleneagles Intan Medical Centre adalah salah sebuah hospital swasta yang terbaik & termahal di Malaysia. Hati aku menganggap si ayah ini mahu memberikan anaknya yang terbaik bagi menyembuhkan penyakit anaknya. Mungkin dari pandangan mata manusia yang melihatnya sebagai orang yg kurang kemampuan dari segi kewangan, tetapi kaya dari segi hati nurani sebagai seorang ayah yang bertanggungjawab. Baginya, duit boleh dicari, kehilangan anak takkan dapat digantikan.

Aku kasihankan apabila melihat anaknya menunggu untuk dimasukkan ke wad. Aku pun fikir, biarlah anaknya masuk ke wad dulu sebelum aku. Walaupun budak itu datang lambat, tapi keadaannya nampak teruk. Tapi aku fikir balik, sudah tentu budak itu akan dimasukkan ke wad pediatrik iaitu wad kanak-kanak. Aku difahamkan kebanyakan wad sudah penuh. Hmmm...aku taktau apa nasib budak tu dengan ayahnya.

Apabila melihat keadaan ini, aku seperti nak menangis. Begitulah rupanya pengorbanan ayahku sewaktu aku kecil. Ayahku ke hulu ke hilir dan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untukku. Bukan aku sahaja. Malah ayah kita semua bekerja keras untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sanggup bersusah payah untuk kita hanya untuk membuatkan anak-anaknya selesa.

Tapi kita? Apa yang kita buat untuk ayah dan ibu kita skang ni? Aku rasakan yang aku takkan dapat membalas budi kedua ibu bapaku. Malah, aku rasakan aku terlalu banyak dosa terhadap ibu bapaku. Ntah lah. Taktau ape nak cakap lagi. Cuba kita bayangkan bagaimana pengorbanan ibu bapa kita selama ni...Renung-renungkan...


Posted at 11:33 pm by irwandy
(4) Comments  

Friday, January 14, 2005
I was Hospitalised...

Thursday, 13th January 2005...Sports Injury Clinic, Gleneagles Intan Medical Centre...11am...

"Your knee injury looks like serious. But I cannot confirm it right now. The only way to confirm it is by Magnetic Resonance Imaging (MRI) scanning." said the Orthopaedic & Sports Injury Surgeon, Dr. Tay.

"Not only that, we have to do some x-rays and some physiotherapy. So, on my recommendation, you kena tahan masuk wad. If your knee injured badly, I'd suggest for an operation." said the doctor again.

I was like...erkkk...ape kena lak nih. Lutut aku just sakit masa nak lipat kaki or masa nak duduk di antara dua sujud bila nak Solat. Macam ada ligamen nak putus sakitnya. Ni semua pasal main futsal last 2 weeks. Aku jatuh melutut. Memula tak sakit, pastu lelama sakit plak. Ishk...takkan kena tahan masuk wad kot. Hmmm...so aku ikut je la cakap doktor. Mintak-mintak la jangan kena operate. Mau sebulan aku dok rumah tak buat pape. Ishkkk...

So, aku pun masuk la wad. Bilik 704-1, Tingkat 7, Gleneagles Intan Medical Centre. Baru dok sejam dah busan gile. Pastu nurse ni datang bawak aku gi x-ray kat bawah. Dua kali x-ray, satu x-ray berdiri, satu lagi x-ray baring. Dah habis x-ray, aku naik bilik aku balik. Dah la takde TV. Bosan! Bilik tu share dgn 3 org lagi. Lagi la bosan. Aku dah request for single bedroom. Tapi semua full. Ramai jugak orang yg sakit ye.

Ditemankan mp3 player, digicam & handphone aku, aku buat la pape yg patut. Sambil dgr lagu, sambil amik gambar dan sambil sms kengkawan. Pastu terlelap lak. Kul 8pm, Jonee & tunangnya, Irina datang melawat aku dan bawak Bigmac utk aku. Thanks Jonee!. Aku maleh nak gitau semua org aku masuk hospital. Bukannya teruk pun. Aku sendiri pun malas nak masuk wad. Aku rasa cam orang yg tak sakit tapi masuk hospital!...hahahaha...

At 9pm, nurse tu panggil lagi untuk gi buat MRI. X-ray utk scan tulang. MRI ni untuk scan organ-organ dalam badan. Actually, meniskus kat lutut kiri aku nih, doktor suspect koyak. Kalau koyak, mmg kena operate sebab kemungkinan besar ligamen pun dah koyak sekali. Tu yang nak tgk dgn guna MRI scanning nih. So, aku baring kat machine MRI tuh. Pastu dia masukkan lutut aku kat menda bulat tu. Aku baring for 45 minutes! Lama gile. Sampai aku tertido...Dah abis tu, aku balik bilik and terus tido!

Keesokan paginya, Jumaat, 14 Januari 2005...kul 10am, aku dibawa gi Physiotherapy centre. Ada sorang physiotherapist nih terang kat aku tentang cara-cara nak kuatkan kaki semua. Pastu dia sapu gel kat lutut aku and ade pakai ultrasound punya device nak kuatkan tisu-tisu kat lutut aku tuh. Then, dia amik plak menatang lagi satu untuk membuatkan lutut aku berdenyut. Best gak. Macam urut plak.

Then, aku balik bilik. Mandi. Kul 1pm dapat lunch. Kul 1.45pm baru doktor datang jumpa aku kasitau result. Dia kata lutut aku tak serious. So, aku bleh discharge aka bleh kuar dr hospital! Yeayyy!...Alhamdulillah. Aku takyah kena operate. Tapi aku kena buat some therapy twice a week depends on my condition. Maknanya aku kena dtg hospital twice a week. Maleh btol!

At 4pm, aku pun kuar dari hospital. Just because of meniskus knee injury, kena tahan kat wad! Tah pape tah. Aku dah agak takde pape. Tapi still sakit! Pelik!

Thanks to sesapa yg rajin call & sms time aku kat hospital. Thanks to OP. Thanks to Jonee yang melawat aku dgn tunangnya. The only visitor yg melawat. Hehe...Thanks! Skang ni lutut aku dah ok skit. Bleh la main futsal balik!

Gambar-gambar di hospital, click HERE!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(9) Comments  

Tuesday, January 11, 2005
Setahun Tercipta

Setahun telah berlalu. Aku masih lagi ingat pada tarikh hari ini pada setahun yg lepas, hari Ahad...aku sedang membosankan diri di rumah. Aku belek sebuah lirik lagu yang aku ciptakan seminggu sebelum itu. Lantas aku mengambil gitar dan aku cuba ciptakan sebuah lagu berdasarkan lirik itu. Tiba-tiba sahaja ilham datang. Aku pun cepat-cepat rekodkan melody yang aku ciptakan sendiri diiringi dengan petikan gitar. Hmmm...aku amat berpuas hati.

Kemudian, aku try masukkan lirik tu ke dalam lagu tersebut. Memang kena la pulak. Aku pun try la main gitar sambil nyanyi. 2 minit lebih. So, aku rekodkan berkali-kali sampai dapat apa yg aku nak. Fuh..nasib baik siap. Satu jam untuk dapat idea dan try mainkan lagu. Satu jam utk proses recording. Aku gunakan microphone pc & sebuah laptop. Hehe...

Lepas dah rekodkan tu, aku burn dlm cd dan hantarkan kpd si dia. Memang aku ciptakan lagu tu untuk dia. Hmmm...forget about it.

So, itulah lagu pertama yang aku cipta. Selepas tu, aku ade cipta lagi beberapa lagu. Tapi aku tak sempat nak rekodkan full. Aku just rekodkan melody je. Maybe lirik-lirik yg aku ade tak berapa sesuai kot. Ntah la. Tengok la nanti...

Mungkin ramai yg dah dgr lagu tu, tapi sesapa yg blom penah dgr, click HERE! to download it! Entitled, Only You. Copyrighted tau!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(5) Comments  

Monday, January 10, 2005
PTD?

When I just got back from work today, I saw a letter with my name with URUSAN KERAJAAN from SPA. So, I opened it and it says, "Anda diarahkan untuk hadir ujian PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) pada 29/1/2005."

I was like...errkk??..Sejak bila aku apply PTD nih? Ohh, aku lupa, aku pernah apply untuk jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik thru SPA website. Tapi aku tak mintak pun PTD punya exam nih. Kalau ikut logik, kalau aku dah apply for that position, kena la amik exam ye tak?. Hehe...

Ramai kawan-kawan aku dah amik PTD nih, hanya segelintir sahaja yg dapat lepas ke 2nd & 3rd stage. Dan hanya 2-3 org kengkawan aku je dpt jadi PTD. Itu pun sebab diorang amik Bachelor of Internal Affairs kat UKM. Skang nih one of them dah jadi Penolong Pengarah kat salah satu jabatan di JPM. My age lak tuh.

Well, nampaknya kena amik cuti la 29/1/2005 tuh. Hari Sabtu. Hmmm...lulus ke tak lulus, belakang cerita, asalkan dpt experience menda-menda camnih.

By this week aku kena gi physiotherapist nak check lutut aku nih. Makin sakit nampaknya. Ni semua pasal main futsal hari tu. Everytime nak solat, pastu nak duduk di antara dua sujud, sakit gile! Rasa ade menda cam nak putus je. Kawan aku yg penah kena operate pasal ligamen dia putus kat lutut cakap, camtu gak dia rasa dulu...tapi dia tau-tau je ligamen lutut dah putus.

Alahai...jangan la aku kena operate jugak nanti. Mintak-mintak la lutut aku ok. Tak sabar nak main futsal lagi ni.

Posted at 10:33 pm by irwandy
(14) Comments  

Next Page]