Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< January 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, January 03, 2005
Menjelang "Mencari Sinar"

Penyambungan "Mencari Sinar" akan muncul pada bila-bila masa. Setakat ini ada 10 episod yang aku dah tulis kat dlm blog ni. Mungkin aku akan panjangkan lagi cerita ini. Ada la sebabnya...hehe...So, menjelang kembalinya siri teleblogela MENCARI SINAR ini, kat bawah ni adalah link untuk 10 episod yang lepas. Kepada sesiapa yg baru nak baca, silalah click link kat bawah nih..hehe..aku dah nak sambung dah nih...

EPISOD-EPISOD "MENCARI SINAR"

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10

Enjoy reading!!!...


Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Saturday, January 01, 2005
HAPPY NEW YEAR 2005 !!!

Selalunya tahun baru diiringi dengan azam baru. Azam aku errrrr...let me keep it to myself...hehe. Of course, to be married is not in the list! Haha. A longgggggggggg way to go to that chapter of life. Aku tau la ramai kawan2 aku nak kawin tahun ni. Hahaha...but for this year, all I want is to be happy and even happier than before. To get job promoted. Aku nak kecapi kebahagiaan yang aku cari-cari selama ni. Dan juga nak habiskan episod Mencari Sinar! Hehe...Tak dapat dinafikan lagi bahawa hati aku masih lagi pedih dengan apa yang berlaku pada tahun 2004. I'm trying to cure it by myself. But I do think for the year 2005, will be a great year for me. I dunno, I just feel it. Just wait and see.

Malam new year semalam, ada BBQ kat rumah Hairul. 8 of us ada..our clique group. Aku siap beli ayam 5 ekor and marinated by myself. Rupanya, mak hairul masak kuey teow goreng, pastu ade meehoon goreng lagi. Mak aii..byk btol.

Here's the checklist of the 1st thing done in 2005 between 12am-1am, 1st January 2005 :-

- 12.05am : First food in 2005, a chicken wing!
- 12.15am : First drink in 2005, a cup of coffee!
- 12.30am : First smoke in 2005, sekali sedut je. Tu pun member punya. I'm not a smoker okay!
- 12.45am : errr..First fart of 2005!!!..hahahahah
- 12.50am : First drive of 2005.

And the list goes on...first pee, first berak, first korek idong..hahahah..takkan nak cerita kan? :p

One more thing, akhirnya selama 2004 aku berjaya update blog setiap hari without fail! Yeayyy!!! Tapi tahun 2005 ni aku nak hasilkan penulisan yang lebih berkualiti dan bukan kuantiti. So, takyah la update setiap hari.

So, I just wanna wish Happy New Year 2005 to all! Wish you guys the best of luck and prosperity. May your wishes come true in 2005. Semoga anda semua mendapat kecapi apa yang anda semua idamkan. Moga-moga tahun ni kita semua dimurahkan rezeki. Amin!

Posted at 11:33 pm by irwandy
(7) Comments  

Friday, December 31, 2004
Selamat Tinggal 2004

Imbasan...

- 1 Januari 2004, aku memulakan blog aku.
- Januari 2004, project aku dapat 1st class grade. Perkara yg amat menggembirakan walaupun dalam keadaan yang amat teruk waktu itu.
- Jun 2004, aku dapat motor baru. Hehe...happy gak la...
- Julai 2004, aku gi Pulau Langkawi seorang diri selama 3 hari 2 malam. Naik flight dan menginap kat 5 star resort hotel, free of charge! Nak carik ketenangan la kononnya. Alhamdulillah, lepas balik dari Langkawi, aku dah tenang sikit.
- Oktober 2004, aku dapat habiskan degree aku walaupun dalam situasi dan keadaan yang teruk dan tidak dapat dibayangkan.
- Oktober 2004, aku dapat offer kerja skang nih. Alhamdulillah.
- Disember 2004, aku dapat kereta bagi menggantikan motor aku tuh. Alhamdulillah...
- Disember 2004 juga aku menjadi salah seorang AJK Gathering Geng Jurnal. Dan gathering tersebut berjaya dan mendapat pujian ramai. Aku tumpang gembira. Alhamdulillah.

Tahun 2004 juga membawa aku mengenali dengan ahli-ahli Geng Jurnal dan para bloggers yang ku hormati. You guys rawks! Semoga hubungan silaturrahim kita menjadi semakin rapat.


Kesimpulan

Aku sebenarnya lebih suka sekiranya menceritakan kisah suka dan duka sepanjang tahun 2004. Tapi kali ini aku hanya menceritakan apa yang paling menggembirakan sahaja. Jikalau memori boleh dihapuskan dengan begitu sahaja, aku ingin melupuskan lebih daripada separuh memori 2004. Kenapa? Kalau anda mengikuti blog ini dari awal tahun, sudah tentu anda tahu. Terlalu banyak perkara yang telah membawa aku ke arah kejatuhan diri. Dan banyak juga perkara yang membawa aku ke arah kebangkitan diri.

Aku pernah berada pada paras yang tinggi dan ingin terus mendaki untuk mencari sinar yang sebenar, namun aku tiba-tiba rebah jatuh ke paras yang paling bawah. Lalu aku bangkit tetapi jatuh lagi ke bawah. Aku cuba bangkit semula tapi semakin jatuh ke bawah. Kemudian aku mengambil inisiatif diri untuk cekalkan semangat dan terus mendaki semula. Alhamdulillah, hari semakin hari aku dapat kembali ke pangkuan jalan dalam mencapai paras yang aku ingin kecapi. Hanya menunggu masa sahaja untuk mencapai paras yang paling tinggi dalam pencarian sinar yang aku cari-cari.

So, selamat tinggal tahun 2004. Tahun yang terlalu banyak kedukaan daripada kegembiraan. Tetapi dengan kedukaan itulah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar lantas membuatkan aku masih lagi berdiri tegak dan megah dalam mengecapi kebahagiaan hidup. Semoga tahun 2005 akan membawa kebahagiaan, kegembiraan dan murah rezeki dalam hidup aku. Semoga segala impianku akan tercapai. InsyaAllah.

- ...31st December 2004 ... 2359hours... -

Posted at 11:59 pm by irwandy
(1) Comments  

Thursday, December 30, 2004
Tsunami Penutup 2004

Sejak bencana Tsunami berlaku, hampir setiap waktu berita mengenainya terpapar di televisyen terutama di CNN. Satu demi satu video amatur ditunjukkan. Sememang ianya menakutkan. Banda Acheh tenggelam. Phuket, tempat peranginan dan juga tempat maksiat jadi hancur. Mungkin ini balasan terhadap Perdana Menteri Thailand yang menuduh Malaysia dan menganiaya orang Islam. Thailand mengalami kerugian sebanyak RM1.9 billion hanya kerana Phuket menjadi tempat mangsa bencana Tsunami.

Di sesetengah perairan Pulau Pinang dan Kuala Muda di Kedah turut hancur. Kasihan kepada para nelayan. Punca rezeki mereka terjejas dan hilang tempat tinggal. Apa yang kita boleh bantu hanyalah dengan berdoa dan memberi derma kepada mereka yang menjadi mangsa.

Dengan keadaan yang sebegini, aku telah membatalkan percutian aku ke Pulau Pinang hujung minggu hadapan. Aku mungkin akan ke Cherating pada 7,8 & 9 Januari 2005 sebagai ganti. Harap-harap tiada Tsunami di sana. Hehe. Kalau ada, aku bye bye kat korang dulu...hehehehehe

Nampaknya tahun 2004 ditutup dengan kedukaan, kematian, kesengsaraan akibat bencana alam. Semua ini adalah untuk memberi kita kesedaran betapa kecil & lemahnya kita sebelum menghadapi tahun baru dengan azam yang baru. Semoga mangsa-mangsa Tsunami yang terbunuh dicucuri rahmat Allah SWT. Amin.

Posted at 11:33 pm by irwandy
(3) Comments  

Wednesday, December 29, 2004
Sepetang Bersama Client

Balik dari UPM, aku letih sangat. Tak lunch pun. Sampai je office, aku terus buat kerja aku dgn sorang consultant nih. Memang banyak gak la. Sampaikan aku blur gile. Pastu dia mintak aku call sorang client nih untuk memastikan nama syarikat client tu betul ke tidak. So, aku call...

Me : Hello? Is this Gateway Multicommunication Sdn Bhd?
Client : Hello..yes...may I help you?
Me : Hi, I'm ND from Polytrans. I just wanna check with you something.
Client : Yeah sure.
Me : Does your company name spells as "Gateway Multicommunication" or "Gateway Multicommunications" ? Is there any "S"?
Client : I beg your pardon sir?

Time ni aku mmg tgh blur dan kepala aku berserabut, so aku jawab...

Me : I mean, do you got any "S" ?
Client : Huh?..
Me : You got "S" aa?
Client : I'm sorry sir?
Me : Do you got "S"?
Client : What?...You got ass?
Me : ohhh...I'm sorry, i mean, does your company name got the alphabet "S" for the word "Multicommunication"?
Client : Ohhh...yeah..got "S"..true true...So, it's "Multicommunications"
Me : Ok thanks, sorry for the words.
Client : No problem...hehe

Aduhhh..malu gile aku..sampaikan staff office aku gelakkan aku...hahahah..camne tah aku bleh tertanya soalan camtu...aku sendiri pun blur...sure client aku tu ingat aku tanye pasal "ass" dia..wahahhaah...dah la pompuan lak tuh...malu gileee!!!..hehe

Posted at 11:33 pm by irwandy
(10) Comments  

Next Page]