|
|
 |
Saturday, January 01, 2005
Selalunya tahun baru diiringi dengan azam baru. Azam aku errrrr...let me keep it to myself...hehe. Of course, to be married is not in the list! Haha. A longgggggggggg way to go to that chapter of life. Aku tau la ramai kawan2 aku nak kawin tahun ni. Hahaha...but for this year, all I want is to be happy and even happier than before. To get job promoted. Aku nak kecapi kebahagiaan yang aku cari-cari selama ni. Dan juga nak habiskan episod Mencari Sinar! Hehe...Tak dapat dinafikan lagi bahawa hati aku masih lagi pedih dengan apa yang berlaku pada tahun 2004. I'm trying to cure it by myself. But I do think for the year 2005, will be a great year for me. I dunno, I just feel it. Just wait and see.
Malam new year semalam, ada BBQ kat rumah Hairul. 8 of us ada..our clique group. Aku siap beli ayam 5 ekor and marinated by myself. Rupanya, mak hairul masak kuey teow goreng, pastu ade meehoon goreng lagi. Mak aii..byk btol.
Here's the checklist of the 1st thing done in 2005 between 12am-1am, 1st January 2005 :-
- 12.05am : First food in 2005, a chicken wing!
- 12.15am : First drink in 2005, a cup of coffee!
- 12.30am : First smoke in 2005, sekali sedut je. Tu pun member punya. I'm not a smoker okay!
- 12.45am : errr..First fart of 2005!!!..hahahahah
- 12.50am : First drive of 2005.
And the list goes on...first pee, first berak, first korek idong..hahahah..takkan nak cerita kan? :p
One more thing, akhirnya selama 2004 aku berjaya update blog setiap hari without fail! Yeayyy!!! Tapi tahun 2005 ni aku nak hasilkan penulisan yang lebih berkualiti dan bukan kuantiti. So, takyah la update setiap hari.
So, I just wanna wish Happy New Year 2005 to all! Wish you guys the best of luck and prosperity. May your wishes come true in 2005. Semoga anda semua mendapat kecapi apa yang anda semua idamkan. Moga-moga tahun ni kita semua dimurahkan rezeki. Amin!
Posted at 11:33 pm by irwandy
Friday, December 31, 2004
Imbasan...
- 1 Januari 2004, aku memulakan blog aku.
- Januari 2004, project aku dapat 1st class grade. Perkara yg amat menggembirakan walaupun dalam keadaan yang amat teruk waktu itu.
- Jun 2004, aku dapat motor baru. Hehe...happy gak la...
- Julai 2004, aku gi Pulau Langkawi seorang diri selama 3 hari 2 malam. Naik flight dan menginap kat 5 star resort hotel, free of charge! Nak carik ketenangan la kononnya. Alhamdulillah, lepas balik dari Langkawi, aku dah tenang sikit.
- Oktober 2004, aku dapat habiskan degree aku walaupun dalam situasi dan keadaan yang teruk dan tidak dapat dibayangkan.
- Oktober 2004, aku dapat offer kerja skang nih. Alhamdulillah.
- Disember 2004, aku dapat kereta bagi menggantikan motor aku tuh. Alhamdulillah...
- Disember 2004 juga aku menjadi salah seorang AJK Gathering Geng Jurnal. Dan gathering tersebut berjaya dan mendapat pujian ramai. Aku tumpang gembira. Alhamdulillah.
Tahun 2004 juga membawa aku mengenali dengan ahli-ahli Geng Jurnal dan para bloggers yang ku hormati. You guys rawks! Semoga hubungan silaturrahim kita menjadi semakin rapat.
Kesimpulan
Aku sebenarnya lebih suka sekiranya menceritakan kisah suka dan duka sepanjang tahun 2004. Tapi kali ini aku hanya menceritakan apa yang paling menggembirakan sahaja. Jikalau memori boleh dihapuskan dengan begitu sahaja, aku ingin melupuskan lebih daripada separuh memori 2004. Kenapa? Kalau anda mengikuti blog ini dari awal tahun, sudah tentu anda tahu. Terlalu banyak perkara yang telah membawa aku ke arah kejatuhan diri. Dan banyak juga perkara yang membawa aku ke arah kebangkitan diri.
Aku pernah berada pada paras yang tinggi dan ingin terus mendaki untuk mencari sinar yang sebenar, namun aku tiba-tiba rebah jatuh ke paras yang paling bawah. Lalu aku bangkit tetapi jatuh lagi ke bawah. Aku cuba bangkit semula tapi semakin jatuh ke bawah. Kemudian aku mengambil inisiatif diri untuk cekalkan semangat dan terus mendaki semula. Alhamdulillah, hari semakin hari aku dapat kembali ke pangkuan jalan dalam mencapai paras yang aku ingin kecapi. Hanya menunggu masa sahaja untuk mencapai paras yang paling tinggi dalam pencarian sinar yang aku cari-cari.
So, selamat tinggal tahun 2004. Tahun yang terlalu banyak kedukaan daripada kegembiraan. Tetapi dengan kedukaan itulah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar lantas membuatkan aku masih lagi berdiri tegak dan megah dalam mengecapi kebahagiaan hidup. Semoga tahun 2005 akan membawa kebahagiaan, kegembiraan dan murah rezeki dalam hidup aku. Semoga segala impianku akan tercapai. InsyaAllah.
- ...31st December 2004 ... 2359hours... -
Posted at 11:59 pm by irwandy
Thursday, December 30, 2004
Sejak bencana Tsunami berlaku, hampir setiap waktu berita mengenainya terpapar di televisyen terutama di CNN. Satu demi satu video amatur ditunjukkan. Sememang ianya menakutkan. Banda Acheh tenggelam. Phuket, tempat peranginan dan juga tempat maksiat jadi hancur. Mungkin ini balasan terhadap Perdana Menteri Thailand yang menuduh Malaysia dan menganiaya orang Islam. Thailand mengalami kerugian sebanyak RM1.9 billion hanya kerana Phuket menjadi tempat mangsa bencana Tsunami.
Di sesetengah perairan Pulau Pinang dan Kuala Muda di Kedah turut hancur. Kasihan kepada para nelayan. Punca rezeki mereka terjejas dan hilang tempat tinggal. Apa yang kita boleh bantu hanyalah dengan berdoa dan memberi derma kepada mereka yang menjadi mangsa.
Dengan keadaan yang sebegini, aku telah membatalkan percutian aku ke Pulau Pinang hujung minggu hadapan. Aku mungkin akan ke Cherating pada 7,8 & 9 Januari 2005 sebagai ganti. Harap-harap tiada Tsunami di sana. Hehe. Kalau ada, aku bye bye kat korang dulu...hehehehehe
Nampaknya tahun 2004 ditutup dengan kedukaan, kematian, kesengsaraan akibat bencana alam. Semua ini adalah untuk memberi kita kesedaran betapa kecil & lemahnya kita sebelum menghadapi tahun baru dengan azam yang baru. Semoga mangsa-mangsa Tsunami yang terbunuh dicucuri rahmat Allah SWT. Amin.
Posted at 11:33 pm by irwandy
Wednesday, December 29, 2004
Balik dari UPM, aku letih sangat. Tak lunch pun. Sampai je office, aku terus buat kerja aku dgn sorang consultant nih. Memang banyak gak la. Sampaikan aku blur gile. Pastu dia mintak aku call sorang client nih untuk memastikan nama syarikat client tu betul ke tidak. So, aku call...
Me : Hello? Is this Gateway Multicommunication Sdn Bhd?
Client : Hello..yes...may I help you?
Me : Hi, I'm ND from Polytrans. I just wanna check with you something.
Client : Yeah sure.
Me : Does your company name spells as "Gateway Multicommunication" or "Gateway Multicommunications" ? Is there any "S"?
Client : I beg your pardon sir?
Time ni aku mmg tgh blur dan kepala aku berserabut, so aku jawab...
Me : I mean, do you got any "S" ?
Client : Huh?..
Me : You got "S" aa?
Client : I'm sorry sir?
Me : Do you got "S"?
Client : What?...You got ass?
Me : ohhh...I'm sorry, i mean, does your company name got the alphabet "S" for the word "Multicommunication"?
Client : Ohhh...yeah..got "S"..true true...So, it's "Multicommunications"
Me : Ok thanks, sorry for the words.
Client : No problem...hehe
Aduhhh..malu gile aku..sampaikan staff office aku gelakkan aku...hahahah..camne tah aku bleh tertanya soalan camtu...aku sendiri pun blur...sure client aku tu ingat aku tanye pasal "ass" dia..wahahhaah...dah la pompuan lak tuh...malu gileee!!!..hehe
Posted at 11:33 pm by irwandy
Tuesday, December 28, 2004
Hari ini genap setahun aku menceburkan diri dalam dunia blog. Dulu, aku guna blogspot. Tetapi aku tengok blogdrive lagi senang nak edit. So, aku pun berpindah ke blogdrive. Sejak hari pertama aku menulis, aku tidak pernah ketinggalan untuk menulis setiap hari hingga ke hari ini. Tiap-tiap hari aku update. Walaupun ada kalanya aku hanya letak lirik ataupun apa-apa yang aku dapat dari e-mail, tapi tetap update kan? Hehe...
Tapi, bermula 1 Januari 2005, aku akan slow down a bit. Bukan bermakna aku bosan. Aku akan cuba hasilkan sesuatu yang bermutu. Aku mungkin tidak akan update setiap hari. Aku hanya akan menulis bila aku ingin memberikan pendapat atau menceritakan hal-hal yang lain. Aku hanya mahukan kualiti daripada kuantiti.
Bercakap tentang bagaimana aku memulakan dunia blog ini. Mungkin ramai yang memulakan dunia blogging mereka kerana saje suka-suka ataupun mmg minat untuk menulis. Tapi aku mempunyai sebab yang lain. Aku mula buat blog kerana aku ingin meluahkan segala isi hati yang terpendam. Ini adalah kerana pada masa itu aku kecewa apabila dipermainkan, diperbodohkan, ditipu, dipergunakan dan dipijak. Jadi, aku mengambil inisiatif diri untuk menulis apa yang tersirat di hati pada masa itu.
Semakin lama aku menyertai dunia blog ini, aku merasakan sesuatu yang istimewa. Ianya bukan setakat untuk aku mencatatkan apa yang hati aku rasai ataupun apa yang aku fikirkan. Ianya juga untuk mendapat kenalan-kenalan yang baru di samping menulis tentang pelbagai isu yang menarik yang membuka minda aku untuk berfikir dengan lebih luas. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku dapat dari blogging ini. Ia berjaya membuatkan aku menenangkan hati dan fikiran. Ia juga berjaya membuatkan aku menjadi lebih matang dan persepsi aku terhadap semua perkara telah berubah ke arah kebaikan. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong aku. Terima kasih my fellow bloggers and readers!
P/S : Sambungan episod "Mencari Sinar" akan "ditayangkan" semula pada bila-bila masa sahaja pada bulan hadapan.
Piala Tiger : Malaysia mengalahkan Indonesia 2-1 di Stadium Senayan, Jakarta. Tahniah Malaysia!
Posted at 11:33 pm by irwandy
|