Tuesday, October 09, 2007
Selamat Hari Raya Aidilfitri~!

Sempena bulan Syawal yang hampir tiba, saya ingin
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang
mengenali saya dan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Maaf Zahir dan
Batin. Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap dari segi tutur kata
mahupun tingkah laku. Semoga bulan Syawal ini akan membawa seribu erti
buat kita semua. Dan juga semoga anda semua bergembira berhari raya di
samping keluarga dan sanak-saudara yang tersayang. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya!
Saya?...Hanya beraya di KL sahaja seperti tahun2 yg sebelumnya. Dah memang orang KL pun... :-D