Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Wednesday, January 31, 2007
Sampai Menutup Mata - Episod Sepuluh

...sambungan drpd Episod Sembilan...


Sudah 5 hari berlalunya Hari Raya Aidilfitri. Seluruh umat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Ianya merupakan hari kemenangan umat Islam di seluruh dunia. Begitu juga dengan Ariel. Seluruh keluarga dan sanak saudara Ariel datang berhari raya di rumahnya. Ariel berasa begitu seronok sekali melayan saudara-maranya yang ramai datang dari jauh yang hanya dapat berjumpa sekali-sekala sahaja. Pelbagai hidangan dan juadah disediakan oleh ibu Ariel, Puan Sri Azlina untuk menjamu sanak-saudaranya. Tan Sri Affendi pula sibuk melayan adik-beradiknya serta anak-anak buahnya. Alhamdulillah, segalanya bahagia.

Setelah bercuti panjang, Ariel kembali bertugas di pejabatnya. Kebanyakan para pekerja di syarikat itu sudah pulang dari bercuti dan memulakan tugas masing-masing. Ariel gembira melihat komitmen para pekerjanya yang sanggup bekerja keras demi kejayaan bersama. Sedang Ariel membaca e-mel melalui komputernya, tiba-tiba sekretarinya, Syafinaz mengetuk pintu bilik Ariel lalu masuk...

"Encik Ariel, semalam ada seorang wartawan call daripada The Star. Dia kata dia nak datang interview you."

"Hahhh? Interview? Untuk apa?.." Ariel berasa terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh Syafinaz.

"Diorang nak masukkan dalam ruangan "Hotshots" yang keluar setiap hari Ahad tu. Mengenai kejayaan seseorang dalam kerjaya yang diceburi. Diorang kata Encik Ariel calon yang paling sesuai untuk dimasukkan dalam ruangan Hotshots tu kali ni sebab diorang kata Encik Ariel muda dan berbakat besar." Syafinaz menerangkan kepada Ariel.

"Hmmm, saya rasa macam tak perlu la Syafinaz. Saya nak low profile je. Lagipun saya baru 2 tahun je dalam bidang ni. Saya rasa diorang tu perlu interview my father. Not me. Lagipun saya tak suka expose diri saya." kata Ariel sambil menolak tawaran itu.

"Tapi Encik Ariel, bukan ke if you expose yourself, more business will come in for you and this company? Saya rasa cara ni bukan untuk jadi popular je, in fact ianya boleh memajukan perniagaan syarikat ni. When you expose yourself, you will become famous among businessmen. When they knew about you, they will respect you and they wanna do business with you. So, business company ni pun masuk and will keep on growing. Encik Ariel taknak syarikat ni lebih membesar dan lebih maju?" Syafinaz memberikan pendapatnya.

Ariel terdiam. Jauh di sudut hati Ariel, dia mengakui akan kebenaran pendapat Syafinaz itu. Sebenarnya dia tahu tentang semua itu cuma dia tidak mahu rancangannya tidak berjaya kelak. Kalau dia masuk suratkhabar, mesti Lisa akan baca!

"Good point you have there Syafinaz. It's brilliant. Tapi saya masih tak setuju. Nanti mesti diorang ambil gambar saya dan terpampang kat newspaper tu. Rosak plan saya nanti..."

"Plan apa tu Encik? Haaa...ke Encik Ariel ni takut ramai perempuan datang mengorat? Haha. Encik Ariel pun single lagi. Apa salahnya kan?" Syafinaz mengusik.

"Ishhh..ke situ pulak awak. Takpe lah Syafinaz. Lupakan. Sekarang ni, awak call orang newspaper tu, saya akan beri jawapan lagi 3 hari ok?"

"Ok Boss. No problem."

"Eh Syafinaz, awak dah lunch?" tanya Ariel.

"Belum lagi."

"Ok, jom kita lunch. Tolong panggilkan semua pengarah-pengarah jabatan dengan sekretari diorang sekali yang mana ada. Saya nak belanja diorang lunch sambil bincang business plan. Bila diorang dah ready, you call me ok."

"Ok Boss. I will do it right away."

"Thanks Syafinaz."

****************************************************

Lisa baru pulang dari kampung setelah berhari raya bersama keluarganya. Lisa cukup seronok dapat berjumpa dengan saudara-maranya yang hanya sesekali dapat berjumpa kerana mereka duduk berjauhan. Tetapi mereka selalu berhubungan melalui telefon.

Lisa mula memasuki pejabatnya sehari selepas pulang dari kampung. Terdapat banyak pula kerja yang harus diselesaikan setelah bercuti panjang. Lisa merupakan seorang eksekutif akauntan di firma akauntan yang terkemuka di Malaysia. Sudah tentu kerjanya menjadi semakin banyak apabila tiba akhir tahun. Itulah kerja pertamanya dan sudah hampir setahun dia bekerja di situ selepas tamat pelajaran di universiti.

Semasa sedang sibuk bekerja, Lisa memandang jam barunya lalu dia teringatkan Ariel.

"Apa la agaknya dia buat sekarang ni. Mungkin bercuti lagi kot? Hmm..rasa macam nak call dia. Ahh..nanti lah dulu. Buat kerja dulu..." Lisa bercakap sendirian.

Lisa sering teringatkan Ariel setiap kali dia memandang jam barunya itu. Jam tangan barunya itulah yang menemukan mereka berdua sehingga menjadi kawan. Lisa sangat menghormati Ariel sebagai seorang lelaki yang berbudi bahasa dan berakhlak tinggi. Bagi Lisa, Ariel sangat memahami hati seorang perempuan. Lisa suka dengan cara Ariel berkomunikasi dan juga cara Ariel berfikir. Setiap kali mereka bersua, Lisa tidak pernah berasa kekok. Lisa sentiasa berasa selesa setiap kali bersama Ariel. Lisa merasakan Ariel adalah seorang lelaki yang sempurna daripada matanya sendiri. Tetapi yang pasti, tiada manusia yang sempurna.

"Ariel...Ariel...hmm" Jauh di sudut hati Lisa, dia mulai merasakan sesuatu.

*********************************************************

Ariel melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Dia masih lagi di pejabatnya. Syafinaz pula sudah pulang. Segala kerja untuk hari itu sudah selesai disemak oleh Ariel. Terasa malas pula untuk pulang awal ke rumah. Dan tatkala itulah Ariel teringat akan rumah yang baru dibelinya sejak enam bulan yang lepas yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Rumah yang dibelinya adalah sebuah rumah teres dua tingkat lot hujung kerana dia suka rumah yang ada laman yang besar. Ariel masih belum lagi menetap di situ. Dia cuma meletak segala kelengkapan rumah yang baru dibelinya di situ. Apabila lengkap nanti, barulah dia akan menetap di sana.

Ariel teringatkan ayahnya, Tan Sri Affendi. Ayahnya ada mengingatkan tentang rumah terbuka Hari Raya pada Hari Raya ke sepuluh, iaitu pada hari Sabtu di banglo kediaman mereka di Bukit Damansara. Selalunya Ariel akan menjemput rakan-rakan baiknya serta beberapa kenalan yang lain yang sudah tahu latar belakangnya. Ariel ingin sekali mengajak Lisa tetapi nanti rosak pula rancangannya. Ariel masih tidak mahu Lisa tahu tentang latar belakangnya. Jadi, Ariel terfikirkan untuk membuat "house warming" di rumah barunya seminggu selepas rumah terbuka ayahnya. Lalu dia teringatkan Azam, rakan baiknya dan terus menelefon Azam.

"Hello.."
"Hello Ariel..what's up?.." Azam menjawab.

"Aku ada plan ni. Aku nak buat house warming merangkap open house utk Hari Raya kat rumah yang aku baru beli tu nanti. Aku nak mintak tolong kau jadi planner dengan aku...amacam?" Ariel menjelaskan kepada Azam.

"Woww..menarik tu. Aku ok je. Nanti aku jemput kawan-kawan kita. Bila nak buat tu?" Azam bersetuju.

"Hari Sabtu depan. Sabtu ni ayah aku buat open house, kau jemputlah datang."

"Ok Ariel. Nanti kita jumpa kita plan ok. Aku tengah drive ni, nak balik rumah. Talk to you later ok...Assalamualaikum.."

"Wa'alaikumussalam.."

Selepas Azam meletak telefonnya, Ariel mula berkemas untuk meninggalkan pejabat. Dia menuju ke keretanya dan terus menuju ke rumah barunya di Bukit Jelutong, Shah Alam. Dalam perjalanannya, dia teringatkan Lisa yang menetap di Shah Alam lalu dia menelefonnya.

"Hi Lisa...Selamat Hari Raya!" Ariel memulakan perbualan.

"Hi Ariel..Selamat Hari Raya to u too! Apa khabar?" tanya Lisa.

"I ok je. You camna? Apa cerita?"

"I pun ok je. Takde ape cerita sangat pun. Baru start kerja balik hari ni." jelas Lisa.

"Ohh..I tak mengganggu ke ni? Still at the office ke?"

"I'm on my way back. Tengah stuck dalam traffic jam. You pulak apa cerita?" tanya Lisa.

"Actually I'm on my way to Shah Alam. Ada nak gi somewhere. Since I nak gi sana, I nak ajak you dinner sekali, boleh?" tanya Ariel.

"Boleh. I pun takde buat apa-apa lepas ni. Lapar jugak ni. Nak makan kat mana?"

"Tak kisah. You tau Restoran Rafi kat Seksyen 13 tak?" tanya Ariel lagi.

"Tau. Nak jumpa pukul berapa kat situ?"

"Dalam pukul 8.30 boleh?"

"Ok no problem. See you there Ariel."

Mereka berdua meletak telefon. Masing-masing di dalam kereta tersenyum sendirian. Hati Lisa berkobar-kobar hendak berjumpa dengan Ariel setelah hampir 2 minggu tidak bersua. Ariel pula hanya tersenyum sambil memikirkan sesuatu.

"Nampaknya respon Lisa ni makin positif. Aku nak cuba kenal dengan dia lebih rapat. Nak juga tau buruk baiknya" Ariel berbisik sendirian. Ariel menangguhkan hajat untuk ke rumah barunya. Mungkin kalau ada masa, dia akan pergi selepas makan malam bersama dengan Lisa.

Sedang Ariel mengelamun tentang Lisa sewaktu memandu menuju ke Shah Alam, tiba-tiba telefon bimbit Ariel berdering. Tertera nama Falina, iaitu bekas tunang Ariel.

"Ada apa dia nak call aku lagi ni..." Ariel merungut lalu menjawab panggilan itu.

"Hello Ariel.." terdengar suara lembut Falina memulakan perbualan telefon.

To be continued...


Posted at 07:19 am by irwandy

Masy
February 2, 2007   02:44 PM PST
 
eh, i pun tau restoran rafi kat sek 13 tu tp nape u x ajak i pon?? *muke merajuk*


~huehehehheheh~
ND
February 2, 2007   03:09 PM PST
 
Masy,
apa kena dgn awk lately ni eh?...buat sy tergelak je dgn sikap ngada2 awk dan gedik ni..wakakakakakak
senorita^3llin
February 4, 2007   06:47 PM PST
 
hihi sy pon baru makan kat restoran rafi last friday. sy suke nasi beriyani die..nyummy!!!
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry]