Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< January 2007 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, January 21, 2007
Sampai Menutup Mata - Episod Sembilan

...sambungan drpd Episod Lapan...


"Ehh..kenapa marah-marah ni Lisa?...Relax laa...I called just to wish you Selamat Hari Raya laa..." jawab si Razman.

"Yaa...like I don't know about your intentions. In 10 seconds I nak letak phone. Thanks anyway for the wish and Selamat Hari Raya to you too..Maaf Zahir Batin.."  Lisa terus menekan butang merah di telefon bimbitnya. Rasa menyampah meluak-luak di hati Lisa. Dia ingin melupakan segalanya tentang Razman, seorang lelaki yang dia cintai suatu masa dulu.

Pada mulanya, Lisa dan Razman hanya berkawan biasa. Tetapi Lisa tertarik dengan Razman kerana hampir keseluruhan perwatakan Razman serta gayanya hampir sama dengan bekas teman lelaki Lisa semasa di universiti dulu. Kebetulan pula, Razman juga tertarik dengan kecantikan dan luhur hati Lisa. Ternyata mereka berdua tidak bertepuk sebelah tangan. Dalam masa beberapa bulan sahaja, mereka sudah menyintai satu sama lain. Tetapi setelah hampir setahun mereka bercinta, Lisa sudah mula melihat perwatakan sebenar Razman yang tidak disangkakannya. Perilaku Razman berubah dan Razman selalu bergaduh dengan Lisa. Walaupun begitu, Lisa masih bertahan sehinggalah Razman meminta putus hubungan kerana mempunyai perempuan yang lain.

Daripada situ, Lisa mula menyedari kesilapannya. Dia sepatutnya tidak terlalu cepat untuk menerima Razman sebagai teman lelakinya hanya kerana Razman mempunyai ciri-ciri seperti teman lelakinya yang pertama, bak orang putih kata, "First Love". Lisa juga sedar mungkin dia menyintai Razman sebagai kesinambungan percintaan antara teman lelaki pertamanya dulu. Lisa sedar apabila bersama Razman, Lisa seolah-olah bersama dengan cinta pertamanya dulu. Mungkin sebab itulah Lisa memilih Razman walaupun ramai lagi lelaki yang sedang mengejar Lisa. Kini, Lisa kesali semua itu dan tidak akan mengaitkan cinta pertama Lisa dengan mana-mana lelaki pun. Lisa ingin mencari lelaki yang berbeza dan lain daripada yang lain supaya segala kenangan-kenangan lama tidak menganggu dalam membuat keputusan-keputusan yang penting. Lisa mahu bermula dari bawah semula. Dan Lisa berserah kepada Allah Yang Esa.

*******************************************

Ariel sudah sampai di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Ariel berehat di lobi hotel sementara menunggu Lisa yang masih belum kelihatan. Sudah pukul 6.30 petang. Lima minit kemudian, Lisa muncul di pintu masuk dan Ariel tersenyum.

"I'm sorry Ariel. I naik LRT tadi. Penuh pulak orang..."
"Ehh..kereta you mana?.." tanya Ariel.
"Hari ni I malas drive. Saje suka-suka naik LRT. Lagipun dah bosan dengan traffic jam kat KL tu..." jelas Lisa yang sangat manis memakai baju kebarung berwarna krim.
"Ohh..okay, jom kita masuk. I tadi dah tolong book kat Paya Serai Cafe nih. My friends kata sini sedap untuk buka puasa..." jelas Ariel pula.
"Okay sure..jom masuk.." balas Lisa.

Mereka berdua mendapat tempat duduk di bahagian bucu kafe itu dan sangat sesuai utk mereka berbual tanpa diganggu oleh mereka yang lalu lalang. Mereka pun berbual sambil menunggu azan Maghrib sebagai tanda untuk berbuka puasa. Selepas berbuka dengan menjamah sedikit kuih dan buah kurma, Ariel meminta diri untuk ke surau. Lisa pula terus duduk di situ untuk menunggu Ariel kembali dan kemudian Lisa juga hendak ke surau.

Apabila mereka berdua sudah selesai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, mereka pun menyambung makanan yang dihidangkan secara buffet. Mereka juga meneruskan perbualan mereka sehinggalah Lisa bertanyakan suatu soalan.

"Ariel, what do you expect from a girl yang you suka atau yang you dah sayang? I mean, apa kriteria atau kualiti yang you tengok pada diri perempuan tu?" tiba-tiba Lisa bertanya.

"Wowww..berat soalan tu. Hmmm..." Ariel mengeluh.

"Kalau you susah nak jawab, it's ok. I tak kisah. Just asking je since kita dah taktau apa nak borak. Hahaha." Lisa tersenyum dan Ariel pula tergelak.

"Well Lisa, frankly speaking, kalau dari kualiti or kriteria, I look for independent women. Who knows how to take care of herself, yang tak terlalu manja, yang tak terlalu ngada-ngada. A girl who knows what to do at the right time and at the right situation and place. Tapi I takde la nak mintak dia jadi perfect. Just that dia baik dan tak menyakitkan hati pun dah ok." Ariel memberikan penjelasan.

"As for my expectations, I just need her to trust me, understanding, caring, sincere, jangan terlampau jealous and respect my family and myself. Tu je..." Ariel menyambung lagi.

"How about looks and physical?" Lisa bertanya lagi.

"Pasal rupa dan fizikal tu, memang tipu la kalau I kata I tak kisah, tapi perkara tu subjektif. Susah nak cakap sebab I pun pernah juga tersuka kat seseorang yang not up to my taste tapi dia sangat baik dan pandai ambil hati I. So, perkara-perkara ni memang sangat subjektif. Lagipun, looks can be deceiving. Lambat laun akan jadi tua dan berkedut jugak kan?..Hehe.." terus terang Ariel memberikan jawapan.

"Well..good answer Ariel. Sometimes memang susah nak faham lelaki ni." Lisa mengeluh.

"Alaa..lelaki pun susah nak faham perempuan. Very unpredictable!..hahaha.." Ariel membalas sambil tergelak. Lisa memandang tajam ke wajah Ariel sambil tersenyum manis.

Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Mereka bersiap sedia untuk pulang ke rumah masing-masing.

"Ariel, I kena balik awal ni. Nanti LRT takde pulak." Lisa meminta diri untuk pulang.

"Ehhh, come on. Let me send you back home. Bukannya jauh pun rumah you dari sini." Ariel menawarkan diri.

"It's ok Ariel. I taknak menyusahkan you. Kan rumah you kat Damansara. Rumah I kan kat Shah Alam. Jauh jugak tu." Lisa menolak.

"Tak menyusahkan pun. Boleh kita sambung berbual dalam kereta. Amacam?" Ariel tersenyum.

"Hmm..oklah since you insist." Lisa mengalah.

Hati Ariel berasa seronok apabila Lisa menerima tawarannya dan mereka pun menuju ke kereta Ariel. Mereka pun menaiki Proton Gen2 yang baru dibeli Ariel itu. Ariel memandu keluar daripada tempat letak kereta hotel dan menyusur ke Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam.

"Kereta baru ya Ariel? Sebab bau macam kereta baru." tiba-tiba Lisa bertanya.

"Errr...yeah. Baru je. Ini je yang mampu. Nak menyokong kereta tempatan la katakan. Hahaha." Mereka berdua bergelak ketawa.

"Alaa..ok la ni. Daripada kereta Satria I yang lama tu. I pun tengah terfikir jugak nak ganti dgn Gen2 ni. Tapi tengok la macam mana nanti." kata Lisa sambil Ariel terus memandu menuju ke Shah Alam.

Di dalam hati Ariel, dia sudah risau tentang apa yang dia katakan tadi. Ariel berasa takut dia menipu Lisa. Ariel ingin sekali berterus terang tetapi Ariel masih tidak mahu memberitahu keadaan sebenar sehinggalah sesuatu perkara sudah terbukti. Hanya masa yang akan menentukan dengan izin Allah SWT. Ariel berharap Lisa tidak akan bertanya soalan-soalan yang membuatkan Ariel terpaksa menipu untuk merahsiakan siapa diri dia yang sebenar.

"Perempuan zaman sekarang ni harus diberi ujian. Nak tengok sejauh mana dia sanggup bersusah payah dengan kita dan juga sejauh mana dia sanggup berkorban. Aku taknak dia melihat aku ni sebagai orang yang senang. Aku nak tengok keikhlasan hati dia bila berkawan dengan aku sebab dah terlalu ramai yang menempek dengan aku semata-mata kerana harta. Apalah ada pada harta tu jikalau hati tak bahagia. Lagipun, segala apa yang aku ada ni pun bukannya hasil usaha aku, semuanya hasil titik peluh Papa. Aku hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak." kata hati Ariel yang sedang kerisauan.

Sememangnya ramai perempuan yang datang dalam hidup Ariel. Kebanyakan daripada mereka tahu Ariel merupakan golongan orang berada. Duit tidak luak. Ariel boleh membeli apa saja dia mahu. Disebabkan itu ramai kenalan perempuannya mengajaknya keluar. Ada yang meminta Ariel belanja makan dan ada juga yang meminta membeli barang-barang yang mahal sebagai hadiah. Ariel sungguh rimas dengan keadaan seperti itu. Ariel cuma mahukan seseorang yang ikhlas menyayanginya kerana dirinya, bukan kerana apa yang dia ada. Disebabkan itulah Ariel terpaksa menyamar sebagai golongan sederhana.

Lebih kurang 20 minit kemudian, mereka pun sudah sampai di hadapan pintu pagar rumah Lisa.

"Thanks Ariel. Till we meet again after Hari Raya. Jemputlah datang ke rumah since you dah tau kat mana rumah I ni." Lisa mengucapkan terima kasih.

"No problem Lisa, anytime. Bila balik kampung?" tanya Ariel.

"Lusa kot. Balik Pahang, belah my father."

"Ohh okay. So, see you after Hari Raya ok. Selamat Hari Raya!"

"Okay Ariel. Selamat Hari Raya to you too!" Lisa membalas.

Ariel pun menghidupkan enjin keretanya sambil melambai ke arah Lisa dan terus memandu menuju ke rumahnya. Sepanjang perjalanan pulang, Ariel memikirkan tentang Lisa.

"Hmmm...ada tanda positif nampaknya." hati Ariel berkata.

Lisa pula merebahkan badan ke katilnya sambil memikirkan tentang Ariel.

"Hmmm..great guy, positive. Well, time will tell." hati Lisa berkata pula.

Sambil memandu, Ariel mendengar radio dan tiba-tiba sebuah lagu daripada band Indonesia, kumpulan Ungu dengan lagu Tercipta Untukku.

Menatap indahnya senyuman di wajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku


Ariel mengeluh dan tersenyum. Dia teringatkan Lisa.

"Hmmm...could she be the one?"


To be continued...


Posted at 03:22 am by irwandy

maman
January 21, 2007   06:10 PM PST
 
yes.tq......
archiq
January 21, 2007   09:35 PM PST
 
wahh.. cerpen ni mengikut peredaran zaman laa... hehehe... lagu popular paling latest tu kuar kat radio... ekekekeke...
rebena
January 22, 2007   07:50 AM PST
 
wosh! cpt sambong..besh ni..:D
ND
January 22, 2007   09:57 AM PST
 
Maman,
haha..at last eh? :p

Archiq,
ya btol..kena la ikut peredaran zaman..baru feel..hehehe..

Rebena,
thanks!..akan disambung secepat mungkin..;)
Masy
January 22, 2007   02:15 PM PST
 
eh, rumah i pun kat shah alam laa.. u x nak ke anta i balik? awwwwww... wakakakakakakak
ND
January 22, 2007   03:54 PM PST
 
Siotttt je Masy..
u nak tumpang ke?...boleh2..nnt i drop u kat tol Shah Alam tu..u jalan kaki la ye..hahahaahah :P
kurzz
January 22, 2007   05:44 PM PST
 
hehehe....ermm.."Auntum in my heart......sambil layan citer ko sambil dgr laguu..perhh..tangkap syahdu beb....hehe rase cm terbelakon sekali laa...
ND
January 23, 2007   10:29 AM PST
 
Kurzz,
hahaha...mmg tangkap syahdu punya :D
senorita^3llin
January 23, 2007   01:08 PM PST
 
yeah i agree with you. rupa & physical is too subjective. For me, sincerity and honesty is very important in a relationship. If he handsome gile tp tk honest pon tk gune.huhu.
orenz
January 25, 2007   12:03 PM PST
 
yo dude.. ni citer ko tulis sendiri ke ape nih?
ND
January 25, 2007   02:37 PM PST
 
Orenz,
yeah..of course aku tulis sendiri..hehe..nape?..mcm bukan aku eh..hahaha..

ellin,
ya btol! 10 markah utk anda
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry]