...sambungan drpd Episod Tujuh...Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk perayaan
Hari Raya Aidilfitri. Seperti
tahun-tahun yang lepas, sebelum bulan
Ramadhan Ariel memang selalu menempah baju Melayu dua hingga tiga pasang untuk persiapan Hari Raya. Ayahnya juga begitu. Mereka akan menempah baju Melayu di tempat yang sama kerana sudah 10 tahun mengenali tukang jahit di tempat itu. Kualitinya juga sangat bagus. Namun di sebalik segala kemewahan yang mereka kecapi, Ariel tidak akan melupakan mereka-mereka yang sedang dalam kesusahan.
"Ariel mesti ingat pada orang-orang yang susah. Bukan pada bulan Ramadhan sahaja, malah setiap hari kita harus mengingati mereka yang susah. Kemewahan tiada ertinya jika kita tidak berzakat dan memberi sedekah kepada mereka yang memerlukan. Nanti Allah akan tarik segala-galanya jika kita tidak beringat. Ariel wajib ingat kata-kata Papa ni. Jangan sekali-kali memperlekehkan orang-orang susah. Kita wajib membantu mereka."Itulah pesan Tan Sri Affendi setiap kali datang bulan
Ramadhan dan bulan
Syawal kepada Ariel. Hampir setiap tahun, Tan Sri Affendi akan membawa Ariel dan adik-beradiknya menjenguk rumah anak-anak yatim, rumah orang-orang tua dan
kawasan-kawasan rumah orang yang susah pada setiap tahun. Sejak kecil lagi, Ariel dan adik-beradiknya sudah diajar untuk menghayati bagaimana kehidupan orang yang dalam serba kekurangan supaya mereka tidak lupa diri. Disebabkan itulah perwatakan Ariel dan adik-beradiknya tidak seperti golongan orang kaya yang lain. Mereka sentiasa merendah diri dan tidak memandang rendah pada mereka yang miskin.
Selepas berbuka puasa dan mendirikan solat Maghrib, Ariel dan ayahnya berehat di ruang tamu sementara menunggu solat Isyak dan solat Terawih.
"Ariel dah bersedekah ke belum?" tanya Tan Sri Affendi.
"Dah Papa. Tahun ni Ariel kasi duit untuk setiap rumah anak-anak yatim yang Ariel tau." jawab Ariel.
"Bagus anak Papa. Masih ingat lagi kata-kata Papa tu ya?""Yes Papa. Mestilah ingat"Tan Sri Affendi tersenyum lebar. Dia berasa sangat bangga mempunyai anak seperti Ariel. Dia juga merasakan bahawa rezeki keluarganya makin melimpah ruah sejak Ariel mengambil alih perniagaannya. Bak kata-kata orang barat, apa yang disentuh semuanya menjadi emas permata. Itulah yang Ariel lakukan. Itu baru 2 tahun.
*******************************************
Tinggal 5 hari lagi untuk menyambut
Hari Raya. Ariel mendapat panggilan daripada
Proton Edar di Jalan Ampang bahawa kereta
Gen2 yang dibeli sudah sedia untuk dibawa pulang. Ariel bergegas ke sana ditemani dan dibawa oleh rakan baiknya iaitu Azam.
"Kau ni biar betul. Dah ada kereta yang best, apa yang kau nak lagi? Pelik la kau ni Ariel..." bebel Azam sambil memandu menuju ke Jalan Ampang. Ariel tersenyum dan berdiam diri sambil buat tidak endah terhadap apa yang dikatakan oleh Azam. Kemudian Azam menyambung...
"Come on Ariel. Ni mesti ada something ni. Macam la aku tak kenal kau. Cuba cerita sikit dengan aku. Toksah nak berselindung ok..." "Hmmm..ye lah..." Ariel mendengus.
"Actually, I met someone." Ariel memulakan cerita.
"Wowww...menarik nih..kau dah confess ke?" tanya Azam.
"Hishhh...too early la. Lagipun aku taktau apa yang aku rasa sekarang ni. Cuma aku nak kenal rapat dengan dia. So that, daripada situ aku boleh tau baik buruknya. Aku rasa dia pun macam tu gak. Nak tau baik buruk aku. So, lepas tu baru la boleh proceed.." jelas Ariel sambil tersenyum.
"Waaa...dah plan baik punya nampak? Habis tu, apa kaitan dengan kereta Gen2 nih?" tanya Azam lagi.
"Sebab aku nak low profile. Taknak tunjuk yang aku ni daripada golongan orang-orang berada. Kau pun tau sejak dulu lagi aku tak suka orang ingat aku ni orang berada. Memang la aku takleh nak selindung lagi tapi bila orang ingat aku ni kaya, ramai yang nak mempergunakan aku dan datang menempek kat aku. Aku tak suka orang-orang yang tak ikhlas bila nak berkawan...""Lagipun, sekarang ni ramai perempuan yang materialistik. Walaupun tak handsome, asalkan lelaki yang ada rumah banglo, duit berjuta-juta dan kereta mewah, jalan je. Nak hidup senang dengan cara mudah. Kalau ada perempuan macam tu, sorry la...aku takkan layan. Lambat laun menyusahkan hidup aku lagi ada la..."Azam hanya berdiam diri dan mendengar penjelasan Ariel. Betul juga kata Ariel. Kemudian, Ariel menyambung lagi.
"So, aku taknak that someone new tau latar belakang aku buat masa ni. Aku nak tau keikhlasan hati dia. Adakah dia memandang harta atau hati. Kiranya ini semua adalah ujian untuk aku dan dia juga. Tapi bukannya aku nak kata dia materialistik. Cuma lebih baik aku berhati-hati la kan...prevention is better than cure...""Apesal tak beli Kancil atau Kelisa je?...hahaha..lagi low profile beb!" Azam menyampuk sambil tersengih-sengih.
"Hahaha...nak berlakon pun, kena gak pilih sesuatu yang selesa buat kita sendiri. Kancil memang ok tapi kecik sangat untuk aku. Kan aku ni tinggi. Tak sesuai la.." jelas Ariel sambil melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 12 tengah hari.
"So, apa nama that girl?" tanya Azam.
"Melissa...aku panggil dia Lisa je. Dia dok kat Shah Alam. Kerja kat KL...dekat dengan office aku..." jawab Ariel.
"Ohhh...ni mesti dah selalu dating ni..hahaha...bagus la tu Ariel. At last, ada gak perempuan yang kau suka. Hopefully Lisa ni akan membahagiakan kau nanti. InsyaAllah...""InsyaAllah. Buat masa ni, aku berkawan dulu. Kenal hati budi masing-masing. Kalau rasa sesuai, apa lagi...aku kahwin la nanti. Hahahaha..." Ariel berseloroh dan mereka berdua ketawa.
Tidak lama selepas itu, mereka pun tiba di destinasi yang dituju. Setelah segalanya diperiksa dan berpuas hati dengan keadaan kereta, Ariel pun memandunya pulang. Manakala Azam pulang ke pejabatnya. Ariel pula singgah di pejabatnya untuk mengambil beberapa dokumen penting sebelum pulang ke rumah untuk menolong adiknya, Asraf, yang akan melanjutkan pelajaran di
United Kingdom selepas
Hari Raya nanti.
******************************************************
Kringggg kringgggggggg...telefon bimbit Lisa berbunyi. Tertera nama Ariel dan Lisa tersenyum lalu menjawab telefonnya...
"Hey Ariel...""Hi Lisa..how are you?...""I'm fine..macam biasa je...you busy skang ni eh?" tanya Lisa.
"Lebih kurang la. Maklum la dah nak dekat raya. Boss suruh habiskan kerja sebelum cuti...how about you?" jelas Ariel.
"I pun sama. Tapi nasib baik semua dah settle. Now I can relax my mind...""Good for you...ehhh Lisa...petang ni jom buka puasa sekali before raya nih...I dah cuti ni. Boring pulak...""Ok sure...kat mana?.." Lisa kegembiraan apabila Ariel mengajaknya berbuka puasa bersama-sama.
"I tak kisah, you name the place. You think about it ok. I dah taktau mana lagi nak makan kat KL ni." jawab Ariel dengan gembira kerana Lisa memberi respon yang baik.
"Ok...I akan fikir dulu kat mana kita nak makan..nanti I'll get back to you ok..""Ok Lisa, I got to go now. Tengah drive ni. Bye...Assalamualaikum..." jawab Ariel.
"Wa'alaikumussalam.." Lisa meletakkan telefon sambil mengelamun seketika.
"At last, Ariel ajak aku keluar. Happynya akuuu!!!.." Lisa berbisik sendirian. Ternyata Lisa sangat gembira tetapi Lisa tidak tahu apa yang dirasakannya sekarang. Dia ingin mengenali Ariel dengan lebih rapat. Itulah matlamatnya.
Tiba-tiba, telefon bimbit Lisa berbunyi lagi dan tertera nama Razman pula...
"Hahhh..apsal mamat ni call aku pulak...tak habis2 lagi ke nak sakitkan hati aku?.." Lisa merungut dan membiarkan sahaja ianya berdering sehingga habis. Kemudian ianya berdering lagi. Kerana tidak tahan, Lisa pun mengangkat telefonnya...
"Hello...""Hello Lisa...ni Razman ni..""Yes I know...you nak apa?" tanya Lisa dengan nada suara yang agak tinggi sedikit.
To be continued...