sambungan drpd Episod Enam"Errrmmm...kawan Ariel la Papa...kenapa Papa tanya? Tak pernah pulak Papa tanya macam tengah suspect something je?.." jelas Ariel.
"Dah Papa nampak Ariel tersengih-sengih macam happy semacam je lepas letak telefon. Girlfriend baru ya?.." usik Tan Sri Affendi.
"Hishhhh...Ariel tersengih pun takleh ke? Mesti la happy sebab dah dapat dream car macam ni. Tadi tu kawan telefon la Papa. Takde apa pun. Cuma malam ni dia ajak pergi tengok orkestra kat Dewan Philharmonic Petronas tu." jelas Ariel lagi. Ariel rasa dia tidak menipu ayahnya. Memang benar pun Lisa itu adalah kawannya. Kawan baru. Ariel tersengih-sengih lagi.
"Iye la tu. Come on la...Papa dah lama hidup daripada Ariel. Banyak dah pengalaman Papa termasuk la pengalaman bercinta. Takyah la nak kelentong kat Papa. Mesti kawan perempuan tu kan?.." tanya Tan Sri Affendi lagi.
Kali ini, Ariel sudah tidak boleh menafikannya lagi.
"Hmmm..ya Papa, kawan perempuan. Kawan je. Baru kenal hari tu. Dah la tu Papa. Dah lama dok dalam kereta ni tapi tak test pun radio ni..." jawab Ariel sambil menekan punat
"ON" pada radio kereta. Ariel memilih frekuensi
103.3 FM, iaitu stesen radio
Era. Lagu
Dealova, nyanyian
Once sedang ke udara.
"Kau seperti nyanyian dalam hati kuyang memanggil rinduku padamuseperti udara yang ku helakau selalu ada...""Hmmm..lagu favourite Lisa ni..." kata Ariel dalam hati sambil menghayati lagu itu. Lisa pernah memberitahu Ariel tentang lagu ini dan dia amat menyukainya kerana melodinya yang indah serta lirik yang penuh bermakna.
"Siapa nama kawan Ariel tadi tu?.." tiba-tiba Tan Sri Affendi bertanya.
"Hmm...Lisa. Nur Melissa..." jawab Ariel.
"Sedap nama tu. Mesti cantik orangnya kan? " usik Tan Sri Affendi sambil tersenyum.
Ariel hanya membalas senyuman dan menumpukan pada pemanduannya. Ariel ingin segera sampai ke rumah. Sebelum keluar tadi, ibunya, Puan Sri Azlina tidak habis-habis bertanya ke mana mereka ingin pergi. Tan Sri Affendi dan Ariel tidak mahu membocorkan rahsia. Mereka ingin membuat kejutan. Ariel tersenyum panjang. Sudah pasti ibunya akan terkejut dengan apa yang bakal dilihat kerana ibunya juga seorang peminat kereta-kereta
sport.
***************************************************
"Haiii...dah lama tunggu?.." tiba-tiba Ariel menegur Lisa di ruang lobi Dewan Filharmonik Petronas.
"Takde la sangat, baru je 5 minit. Awak dari office ke?..." tanya Ariel.
"A'ah, dari office. Ada banyak kerja tadi kena siapkan. So, awak pernah tengok orkestra kat sini ke?..." tanya Lisa lagi.
"Tak pernah pun. Nama je office kat atas ni tapi tak pernah tengok. Mana awak dapat tiket?..""Kawan saya yang tak jadi pergi tu yang kasi. Dia ada hal lain pulak hari ni." jawab Lisa.
Selepas itu, mereka pun masuk ke dewan. Ariel berasa janggal berdua-duaan bersama dengan Lisa. Selepas putus tunang dengan Falina, Ariel tidak pernah keluar berdua-duaan secara sosial dengan mana-mana perempuan. Tetapi Ariel melihat Lisa tenang sahaja. Macam sudah biasa.
"Perempuan macam Lisa ni, mesti ramai lelaki dah ajak dating..." bisik hati Ariel.
Selepas tamat persembahan, mereka masing-masing meminta diri untuk pulang kerana sudah lewat. Masing-masing ada kerja pada pagi esok. Ariel pulang ke Damansara dan Lisa pula pulang ke Shah Alam.
Semasa Ariel dalam perjalanan pulang, dia mengelamun teringat tentang Lisa. Tadi Lisa sungguh cantik. Cara Lisa berpakaian serta peribadi lemah lembutnya membuatkan hati lelakinya yang keras menjadi rapuh. Jauh di sudut hatinya, ada timbul satu perasaan yang sudah lama tidak dirasainya. Tetapi Ariel cepat-cepat melupakannya kerana tidak mahu dikecewakan. Ariel merasakan dirinya tidak layak untuk bersama Lisa yang sangat cantik dan manis itu.
"Dia takkan nak kat aku punya. Macam beauty and the beast pulak kalau aku dengan dia. Lagipun, aku rasa dia anggap aku ni macam kawan biasa je. Ahh, lupakan je lah. Malas nak fikir hal-hal macam ni..." Ariel bercakap seorang diri sambil memandu laju meluncur lebuhraya Mahameru dengan kereta barunya.
*********************************************************
Dalam perjalanan pulang ke rumah dari KLCC selepas menonton persembahan orkestra tadi, Lisa sedang memikirkan tentang Ariel.
"Ariel is a nice guy. I like his style and confidence. For me, he's sweet and cute. Cepat pulak aku jadi rapat dengan dia. Jodoh aku ke?..Ahh..just forget it. Mesti dia ramai girlfriend tu. Siapa la aku ni..." kata Lisa sambil mengelamun seorang diri dalam kereta.
Lisa sudah pun sampai di rumahnya. Sedang dia hendak membuka pintu rumahnya, tiba-tiba dia mendapat
SMS daripada Ariel...
"Thanks for the ticket. Memang best. Dah sampai rumah? Take care aight!"Lisa tersenyum, lalu membalas
SMS tersebut.
"No problem. Baru je sampai rumah. U take care 2!"Lisa terus ke biliknya dan terus baring di katilnya akibat kepenatan. Sambil berbaring, Lisa terpandang jam tangan barunya yang telah menemukan dia dengan Ariel. Sekali lagi Lisa termenung.
"Ariel...Ariel..kenapa la aku asyik teringat kat kau je ni..."Memang sejak akhir-akhir ini, Lisa asyik teringatkan nama Ariel sehinggakan nama bekas teman lelakinya, Razman, semakin lenyap daripada fikirannya. Lisa fikirkan itu adalah tanda positif kerana dia memang mahu melupakan Razman. Tetapi nama Ariel pula berada di benak fikirannya setiap hari. Dia sungguh hairan.
"There is something about Ariel. I don't know what it is but I'm gonna find out..." bisik kata hati Lisa.
Sementara itu, di Damansara, Ariel sedang mengelamun di dalam biliknya. Nama Lisa sentiasa berada di benak pemikirannya. Walaupun hatinya masih pedih selepas kedatangan Falina di pejabatnya tempoh hari, namun nama Lisa tetap di ingatan. Ariel sendiri berasa hairan.
"Aku rasa betul la tindakan aku untuk beli Gen2. Sangat tepat sekali. Nak beli motor, Papa dan Mama tak kasi...hmmm..."Mata Ariel sudah tidak dapat menahan. Ariel berasa sangat mengantuk lalu dia tertidur...
To be continued...### - Apakah kaitan Lisa dengan kereta Gen2 yang dibeli Ariel? Apakah maksud di sebalik semua itu? Apa yang Ariel sedang fikirkan? Nantikan Episod Lapan! :Þ