Sampai Menutup Mata - Episod Lima
Ariel mengeluh. Bukannya dia tidak mahu cerita tetapi dia mahu lupakan semua itu. Baginya, cerita lama usah dibangkitkan semula. Lebih-lebih lagi kisah pahit yang membuatkan hati terdetik apabila mengingatinya.Baru 8 bulan peristiwa itu berlaku.
"Kalau saya tak cerita boleh tak?.." tanya Ariel.
"Hmmm..terpulang pada awak..saya taknak paksa.." jawab Lisa dengan ikhlas.
"Sempena bulan Puasa ni, tak elok sangat cerita benda-benda camni. Tapi apa yang saya boleh katakan..." Ariel terhenti seketika.
"Kenapa?.." tanya Lisa.
"8 bulan yang lepas saya putus tunang disebabkan orang ketiga. Itu je..." Ariel memberi kenyataan.
"Ohh..I'm sorry. Well, kita pun lebih kurang sama jugak la. Just that saya belum bertunang lagi. We broke off last few months because of orang ketiga jugak.." terang Lisa.
"Ohhh..I'm sorry too. Tapi sejak jadi single ni best kan?" tanya Ariel.
"Yes..memang best. It's been great.." jawab Lisa.
Kemudian mereka pun sambung bercerita tentang pengalaman cinta yang mereka alami sehingga waktu berbuka puasa. Daripada situ, mereka mendapati banyak juga persamaan di antara mereka. Timbul juga cerita suka duka yang mereka pernah alami. Mereka nampak seperti teman rapat.
Jam sudah menunjukkan pukul 9.30 malam. Mereka masing-masing meminta diri untuk pulang. Sudah lama benar mereka berbual. Perbualan mereka hanya terhenti apabila masing-masing menunaikan Solat Maghrib dan Isyak. Ariel menemani Lisa sehingga ke keretanya. Selepas mengucap selamat tinggal, Ariel pun menuju ke keretanya pula.
"Syok pulak berbual dengan Lisa. She's interesting..yes..definitely.." bisik Ariel sendirian.
"He looks smart, caring and very talkative. I like his style. Tak pernah pulak aku jumpa lelaki macam tu..." bisik kata hati Lisa pula semasa memandu pulang ke rumah.
******************************
Lisa sampai di rumah pada pukul 10.30 malam. Kelihatan rumahnya gelap.
"Mungkin Mama Papa dah tidur kot.." bisik Lisa.
Lisa memasuki rumahnya dan terus ke biliknya. Dia kepenatan setelah penat bekerja di pejabat, kemudian berbuka puasa pula bersama-sama dengan Ariel. Tiba-tiba, Puan Sharifah muncul di pintu bilik Lisa.
"Penat Lisa?...Banyak kerja tadi?.." tanya Puan Sharifah.
"Boleh la tahan Mama..." jawab Lisa.
"Dengan siapa Lisa berbuka puasa tadi?.." tanya Puan Sharifah lagi.
"Dengan kawan baru Mama..." jawab Lisa.
"Lelaki ke perempuan? " tanya Puan Sharifah dengan penuh minat.
"Lelaki. Mama jangan risau. Dia ok. Baik orangnya. Berkawan je." jelas Lisa.
"Mama tak risau pun. Mama lagi suka. Agak-agaknya kawan baru Lisa tu bakal mengisi hati anak kesayangan Mama ni tak?.." Puan Sharifah berseloroh.
"Hishhh Mama niiiii...tu kawan je laa. Lisa kenal sebab dia jumpa jam yang Lisa tercicir kat Sg Wang tu. Dia pulangkan balik kat Lisa...tu je.." jelas Lisa.
"Bagusnya dia. Jujur. Nanti bila Hari Raya, jemput la dia datang ke rumah ye. Mama pun nak kenal-kenal jugak."
Puan Sharifah memandang anaknya yang kepenatan sambil tersenyum. Lisa pula seperti membuat tidak tahu tentang apa yang ibunya katakan tadi. Puan Sharifah pun beredar ke biliknya. Lisa mula mengelamun. Dalam kepalanya asyik teringat pada Ariel. Lisa merasakan ada sesuatu yang istimewa dalam diri Ariel. Dia sendiri tidak tahu apakah perkara itu. Cuma dia rasa hairan dengan dirinya kerana asyik terfikir tentang keistimewaan Ariel yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata.
Lisa berhenti daripada mengelamun lalu mandi. Selepas mandi dan menukar baju tidur, Lisa mencapai telefon bimbitnya. Lisa menaip SMS dan menghantar kepada Ariel.
"Thanks for the buka Puasa treat. It's been a great time talking to you. Like we've known each other for a long time. Next time will be my treat. Take care and good nite."
**************************************
Suasana sepi di pejabat milik Tan Sri Affendi yang kini diterajui oleh anaknya, Ariel. Masing-masing sedang sibuk membuat kerja. Pejabatnya terletak di tingkat 39, Menara KLCC. Hampir 80 pekerja berada di pejabat itu. Tidak termasuk lagi di cawangan-cawangan lain. Di situlah ibu pejabatnya. Baru 5 tahun syarikat Tan Sri Affendi berpindah di situ. Segala kelengkapan sangat mencukupi. Ada juga kemudahan surau untuk para pekerjanya.
Ariel sedang berada di dalam biliknya sambil meneliti usul projek terbaru yang baru didapatinya tadi. Dia sangat berpuas hati. Dia meletakkan dokumen projek itu di atas mejanya. Tiba-tiba, sekretari peribadinya, Syafinaz, yang baru 6 bulan bekerja memaklumkan sesuatu kepada Ariel melalui interkom...
"Encik Ariel, ada kawan encik nak jumpa. Mustahak katanya." kata Syafinaz.
"Siapa nama dia Syafinaz?.." tanya Ariel.
"Dia kata kawan lama encik. Dia taknak beritahu pula." jawab Syafinaz.
"Ok, suruh dia masuk."
*Tok*Tok*Tok...
"Masuk..." Ariel mempelawa.
"Hi Ariel..." kedengaran suara perempuan. Ariel terus memandang lalu....
"Haahh...kau??..What are you doing here???.." tanya Ariel dengan nada yang terkejut.
To be continued...