Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Sunday, October 15, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Empat

"Sorry sorry, awak cakap la dulu.." Ariel mengalah.

"Awak dulu...saya dengar awak yang nak cakap dulu..." Lisa membantah.

"Takk..saya dengar awak cakap dulu...hehehe...ladies first.." jawab Ariel.

"Ok ok...saya nak tanya tadi awak kerja kat mana?.." tanya Lisa.

"Ohhh..errr..saya kerja kat KL..kerja biasa-biasa aje...awak pulak?.." jawab Ariel sambil cuba merahsiakan siapa dirinya yang sebenar.

"Biasa-biasa tu kerja apa plak tu?..Saya tak pernah dengar..hehe..saya kerja di KL jugak. Kerja biasa-biasa jugak..hehe.." jawab Lisa.

Dan mereka pun berbual-bual panjang sehingga dua jam lamanya. Walaupun itu pertama kali mereka duduk berbual bertentangan mata, tetapi mereka mudah mesra. Sememangnya Ariel cepat mesra dengan kenalan baru, begitu juga dengan Lisa. Dalam pada masa yang singkat, mereka juga dapat mengenali diri masing-masing secara amnya. Kemudian, Ariel meminta diri untuk melawat rakannya. Begitu juga dengan Lisa kerana dia perlu pulang selepas ibunya menelefonnya sebentar tadi.

Mereka berdua pun beredar dari situ dan menuju ke destinasi masing-masing.

"He's very nice and humble.." bisik kata hati Lisa sewaktu dalam perjalanan ke rumah.

"She's sweet and friendly...agak-agaknya boleh tak aku nak kenal rapat dengan dia nanti?..Ahhh...malas nak fikir.." bisik kata hati Ariel pula.

Lisa mempunyai paras rupa yang manis dan berkulit putih. Badan Lisa kurus dan tinggi. Rambutnya lurus panjang hingga melepasi bahu. Gayanya seperti seorang perempuan yang agak "vogue" tetapi sederhana dan "simple". Lisa adalah seorang yang pandai berdikari dan tegas. Dia juga peramah tetapi dia bukan mudah untuk suka atau jatuh cinta. Setelah dia dikecewakan oleh bekas teman lelakinya, hati Lisa sudah keras dan enggan menerima sesiapa walaupun ramai lelaki yang ingin merapatinya. Lisa juga tidak mahu memikirkan soal perhubungan dalam masa terdekat.

Ariel pula seorang yang mempunyai ketinggian 180cm. Badannya agak berisi sedikit tetapi bukan seorang yang gempal. Beratnya serasi dengan ketinggiannya. Sungguhpun begitu, Ariel mempunyai wajah yang tampan. Walaupun dia berpakaian simple, tetapi dia tetap nampak bergaya. Semasa di United Kingdom, ramai kenalan perempuan senegara menaruh minat terhadap Ariel, tetapi bekas tunangnya, Falina, yang telah berjaya menawan hati Ariel. Ternyata cinta mereka tidak bertepuk sebelah tangan. Perhubungan itu membawa mereka kepada ikatan pertunangan. Setelah 6 bulan bertunang, Falina memutuskan pertunangan atas alasan sudah tidak serasi lagi. Walaupun kecewa, Ariel tahu bahawa ada orang ketiga dalam keretakan perhubungannya dengan Falina sehingga terputusnya pertunangan mereka. Tetapi Ariel tidak mahu memikirkannya lagi.

****************************************

Bulan Ramadhan telah pun tiba. Inilah bulan yang dinanti-nantikan oleh Ariel dan Tan Sri Affendi. Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, pada setiap malam, Ariel dan Tan Sri Affendi akan mengerjakan Solat Tarawikh di Masjid Wilayah Persekutuan selepas berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga. Walaupun Ariel sibuk di pejabat, tetapi dia tetap menghadkan dirinya untuk tidak terlalu sibuk pada bulan Ramadhan ini semata-mata untuk berbuka puasa bersama keluarganya dan mengerjakan ibadat Solat Tarawikh bersama-sama ayahnya di Masjid.

Pada bulan Ramadhan itu juga, Lisa dan Ariel saling berbalas "SMS". Kadang-kadang Lisa yang memulakan, dan kadangkala Ariel. Dengan cara itu, mereka menjadi semakin rapat dalam jangkamasa selama dua minggu sahaja kerana masing-masing mudah mesra. Kemudian, Ariel mengajak Lisa untuk berbuka puasa bersama-sama di Hotel Concorde, Kuala Lumpur selepas waktu bekerja.

"Hello...Papa.." Ariel menelefon Tan Sri Affendi.

"Ya Ariel..ada apa?.." tanya Tan Sri Affendi.

"Malam ni Ariel tak buka puasa di rumah ya. Ariel ada janji dengan kawan nak berbuka puasa sama-sama kat Hotel Concorde." jelas Ariel.

"Ok no problem. Kawan ke awek tu?.." perli Tan Sri Affendi.

"Kawan la papa..hishhh...dah, Ariel nak jumpa client kejap ni. Bye..Assalamualaikum.." jawab Ariel.

"Wa'alaikumussalam.." jawab Tan Sri Affendi. Ariel meletakkan telefon.

Tepat pukul 5.30 petang, Ariel keluar daripada pejabatnya di Menara KLCC. Jarak antara pejabatnya dengan Hotel Concorde hanya beberapa kilometer sahaja tetapi di situ adalah kawasan yang sesak dengan kereta. Sebelum itu, Ariel menukar bajunya. Selalunya apabila di pejabat, Ariel akan berpakaian formal yang sesuai dengan jawatannya sebagai Pengarah Urusan syarikat ayahnya. Ariel tidak mahu Lisa tahu bahawa dia seorang yang berpangkat tinggi. Ariel mahu menjadi sebagai seorang pekerja yang biasa di mata Lisa.

Akhirnya Ariel sampai juga. Masa sudah menunjukkan pukul 6.15 petang. Ariel berjanji dengan Lisa pukul 6.00 petang. Ariel bergegas ke lobi hotel. Kelihatan Lisa sedang menunggu di kerusi lobi.

"Sorry Lisa. Traffic jam agak teruk tadi. Dah lama awak sampai?.." tanya Ariel.

"It's ok. Saya baru je sampai dalam 10 minit yang lepas." jawab Lisa yang berbaju kurung batik daripada Terengganu.

"Lawanya dia ni..." bisik hati Ariel.

"Cantik awak hari ni...ada jumpa boyfriend ke tadi?" Ariel memuji dan bertanya.

"Hishhh...memandai je awak nih..kalau saya ada boyfriend, buat apa saya berbuka puasa dengan awak, jealous plak dia nanti..." jawab Lisa sambil tersenyum.

"Ohhh ye ke...saya tak percayalah. Orang macam awak ni patut dah ada someone ni.." kata Ariel.

"Elehhh..awak tu?..Dah 27 tahun, takkan takde sorang yang lekat kot. Dah patut kahwin dah tu...hahaha.." Lisa bergurau.

"Errr...dulu ada la..skang ni takde dah. It's all history." jawab Ariel mengeluh.

"History???...Care to share??.." tanya Lisa.

"Errr...apa kata kita masuk dulu. Saya dah book dah tadi. Nasib baik ada seat available. Nanti kat dalam kita cerita okay?.." jawab Ariel.

Mereka pun masuk ke dalam Melting Pot Cafe, Concorde Hotel, salah sebuah restoran yang menyediakan Ramadhan Buffet yang popular di Kuala Lumpur. Makanannya enak-enak belaka. Setelah mendapat tempat duduk...

"So, cerita la...what happened?.." tanya Lisa dengan perasaan tertanya-tanya.

To be continued...


Posted at 03:33 am by irwandy

Name
October 16, 2006   05:45 PM PDT
 
suka betul dia tinggalkn tanda tanya........... ;p
anne
October 16, 2006   05:47 PM PDT
 
o, anne td tu ;p lupe tulih nama.
ND
October 16, 2006   09:21 PM PDT
 
anne,
hehe..kena letak camtu..baru la thrill..serupa itu telenovela..huhuhu
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry]