Web Counter
Since January 2004




- ::: mE ::: -
| Irwandy aka ND |
| 27 |
| Kuala Lumpur |
| Working in Shah Alam |
| Photography, Blogging, Guitars |
| Music, Theatre, Movies, Cars |

| YM! : silverbullet_gt |


-------------------------------


ND's Latest News :-

- photography freak
- working in UMW, Shah Alam
- busy with working life lately


-------------------------------



Plain White Tee's - Hey There Delilah



-------------------------------

Siri Sampai Menutup Mata

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11

-------------------------------

Siri Mencari Sinar

Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14


-------------------------------

Entri Yang Terhangat Di Pasaran

Aku Bukan Memilih
Pakaian Ketat : 18SX
Menjalinkan Hubungan
Why Call?
Ada Apa Dengan Perempuan?
Duit Hantaran
Melayu Kita
Mamak!!!
For The Love or Money
Mencarut?
Hantu
Kisah Di Traffic Light


-------------------------------

:: Archieves ::

<< October 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Thursday, October 12, 2006
Sampai Menutup Mata - Episod Tiga

"Iya saya. Siapa tu?" Lisa bertanya kembali dengan perasaan musykil.

"Macam ni Cik Melissa. Nama saya Ariel. Awak ingat lagi tak beberapa hari lepas kat Sg Wang, ada orang terlanggar awak sampai barang-barang you jatuh." Ariel memberikan penjelasan.

"Ahaaa...ingat! Saya masih ingat. Awak ke tu?" Lisa bertanya lagi.

"Yes I am. Saya la tu. Tapi saya rasa awak ada tercicir satu beg plastik kecil yang berisi seutas jam tangan. Betul tak?" Ariel bertanya lagi.

"Aaahaaaa..betul betul. Jam tu ada kat awak ke?" Lisa bertanya.

"Ha'ah..jam tu ada kat saya sekarang ni." Ariel menjawab.

"Alhamdulillah. Tapi macam mana awak dapat nombor telefon saya ni?" tanya Lisa dengan musykil.

"Kebetulan ada resit kat dlm beg plastik tu. Ada nama awak dan nombor kad kredit awak. Jadi saya pun try dapatkan nombor telefon awak daripada pihak bank kad kredit tu." jelas Ariel.

"Waahhh..Alhamdulillah. Jadi, macam mana saya nak ambil semula jam saya tu?" tanya Lisa.

"Awak duduk di mana?" tanya Ariel.

"Saya di Shah Alam." jawab Lisa.

"Ohhh Shah Alam. Saya di Damansara. Hmm..macam ni la Cik Melissa, hari ni hari Rabu. I'm not free until this weekend. Mungkin saya boleh jumpa awak hari Ahad ni, boleh?" jelas Ariel.

"Hari Ahad ni?..hmm..okay. Puasa start Isnin kan. No problem. Dekat mana nak jumpa eh?" tanya Lisa.

"Hmmm...since awak di Shah Alam, biar saya datang sana. Apa kata kita jumpa di Starbucks Plaza Shah Alam Seksyen 9 pukul 12 tengah hari. Saya pun selalu lepak di sana dulu." Ariel memberikan cadangan.

"Ehhh...taknak la susah kan awak datang dari jauh." Lisa cuba menolak cadangan Ariel.

"Takpe...lagipun saya ada hal di sana nanti. Alang-alang tu, boleh singgah hantar jam awak ni, okay?" jelas Ariel.

"Ohh..okay. So, jumpa di sana nanti ya. Pukul 12 tengah hari di Starbucks Seksyen 9." Lisa bersetuju.

"Okay. Kalau ada apa-apa nanti saya just call atau sms okay? Assalamualaikum. Bye.." Ariel menamatkan perbualan.

"Wa'alaikumussalam." jawab Lisa.


Ariel meletakkan telefon bimbitnya di atas meja.

"Sedap juga suara Melissa tadi. Macam manja pula." Ariel berbisik sendirian. Tiba-tiba Tan Sri Affendi memanggil Ariel...

"Ariel...ooo Ariel..meh sini kejap."

"Ya Papa." Ariel berlari-lari anak menuju kepada Papa nya.

"Meh duduk kejap. Papa nak bincang sesuatu dengan Ariel. Mesti Ariel suka." pelawa Tan Sri Affendi. Lalu Ariel pun duduk di depan ayahnya.

"Papa rasa nak jual kereta Mercedes Sport Papa. Papa pun dah jarang drive kereta tu. Lagipun dah 6 tahun dah usia kereta tu. Kalau Ariel nak guna, cakap awal-awal." jelas Tan Sri Affendi.

"Takpe lah Papa. Cukup la dengan kereta yang saya pakai sekarang ni. Ini pun dah cukup ok. Lagipun Papa kan tau Ariel tak berapa minat dengan kereta-kereta Mercedes." jawab Ariel.

Sememangnya kereta yang Ariel gunakan sekarang sudah cukup buat dirinya. Ianya adalah sebuah BMW 325i. Ariel memang amat meminati kereta-kereta BMW. Kereta itu adalah pemberian Tan Sri Affendi sewaktu Ariel mula bekerja di syarikatnya sebagai pembakar semangat. Disebabkan itulah Ariel bekerja keras supaya apa yang Tan Sri Affendi beri padanya tidak disia-siakan. Dan dalam masa dua tahun, Ariel telah membuatkan ayahnya berasa bangga.

"Papa tau. Sebab tu siang tadi Papa pergi ke showroom BMW. Papa dah booking kereta BMW M5 model baru tu. Salesman tu pun setuju ambil harga yang tinggi untuk Mercedes Sport Papa tu. Dan BMW M5 tu Papa nak hadiahkan kat Ariel. Ok?"

Ariel tercengang. Dia terfikir adakah benar apa yang didengarkan itu. BMW M5 adalah kereta idaman Ariel. Enjin 5000cc. 500 horse power. 4 pintu seperti kereta sedan.

"Be..be..betul ke ni Papa?" tanya Ariel yang masih terperanjat.

"Betul la. Minggu depan Papa bawak Ariel pergi showroom BMW tu. Ariel kena sign segala dokumen-dokumen. Nanti kereta tu atas nama Ariel sendiri." jawab Tan Sri Affendi.

"Papa, tak mahal sangat ke kereta tu? Rasanya dalam RM800,000 lebih kan?" tanya Ariel.

"Ariel..Ariel...selama dua tahun Ariel bekerja ni, Ariel dah buat syarikat kita untung lebih 20 kali ganda daripada harga kereta tu. Apalah sangat nak dibandingkan dengan hasil usaha Ariel selama ni. Tu baru dua tahun. Nanti bila dah berkembang lagi, Ariel boleh beli Ferrari dengan duit sendiri." jelas Tan Sri Affendi.

"Alhamdulillah...terima kasih banyak-banyak Papa. Ariel taktau nak kata apa. Ariel still terkejut ni. It's my dream car." balas Ariel.

"Papa yang besarkan Ariel. Papa tau la apa yang Ariel suka dan tak suka."

"What colour is that M5 Papa?" tanya Ariel.

"Colour apa lagi, your favourite colour la. Black. Tapi jangan beritahu Mama dulu. Kita buat surprise kat dia." jawab Tan Sri Affendi.

"Woooowwwwwwww...memang Papa ni tau la taste Ariel. Thanks Papa. I love you a lot!" balas Ariel.

"I love you too son."

Ariel memeluk ayahnya dengan gembira. Ariel terasa macam hendak lompat-lompat keliling rumah sebagai tanda gembiranya. Tapi dia sudah besar. Malu pula nanti ayahnya melihat dia bertindak sebegitu rupa. Begitu sayangnya ayahnya terhadap Ariel.

"Aku kena kerja lebih keras lagi selepas ni. Aku takkan sia-siakan pemberian ayah aku ni. Aku tau ini adalah satu lagi pembakar semangat untuk aku berjaya di masa depan." bisik hati Ariel.

*************************

Ahad pagi. Ariel bersarapan pagi bersama ibu dan ayahnya serta adiknya, Asraf. Asraf baru pulang daripada bercuti dengan rakan-rakannya kelmarin.

"Papa, tengah hari ni Ariel nak keluar kejap. Jumpa kawan."

"Kawan ke girlfriend?..." Asraf menyapa.

"Hishhh...ke situ pulak." balas Ariel.

Tan Sri Affendi dan Puan Sri Azlina tersenyum melihat gelagat anak-anaknya itu sambil menjamu sarapan yang disediakan oleh Bibik.

Pada pukul 11 pagi, Ariel bersiap-siap untuk berjumpa dengan Melissa. Ariel hanya memakai baju yang simple sahaja. Itulah Ariel. Walaupun Ariel adalah golongan orang berada, tetapi cara pemakaiannya biasa sahaja. Tidak seperti anak orang berada langsung. Dia lebih suka mengamalkan sifat rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk. Namun begitu, Ariel akan mengenakan pakaian mengikut kesesuaian suatu keadaan, majlis dan perjumpaan.

Tepat pukul 11.50 pagii, Ariel tiba di tempat yang dijanjikan. Ariel memang suka datang awal kerana dia tidak suka orang menunggunya. Dia adalah seorang yang sangat menepati masa. Ariel membeli Ice Blended Mocha saiz grande, iaitu minuman kegemaran Ariel. Lalu dia duduk sambil meletakkan beg plastik kecil yang berisi jam tangan kepunyaan Melissa di atas meja. Suasana pada waktu itu agak panas. Ariel meng'sms' Melissa mengatakan dia sudah sampai.

5 minit kemudian, Melissa muncul. Ariel mengamati wajah Melissa dan Melissa pun begitu juga. Ariel melambai dan mempelawa Melissa duduk.

"Sorry lambat. Saya tolong mak saya tadi." Lisa memberikan penjelasan.

"It's ok. Saya pun baru je sampai ni. Nah, ini barang awak yang tercicir tu." kata Ariel.

"Ohh..thanks a lot Ariel. Saya memang betul-betul ingat jam ni tercicir dan hilang begitu saja" kata Lisa.

"No problem. Awak haus? Nak air apa?" tanya Ariel.

"Ehhh...takpe, biar saya beli.." jawab Lisa. Ariel terus bangun dan buat tidak tahu apa yang Lisa kata.

"Awak duduk jap ok. Saya gi beli. Awak nak Ice Blended Mocha?" tanya Ariel.

"Hmmphh...okay. Favourite saya tu." jelas Lisa.

Lalu Ariel pun memesan air yang sama dibelinya tadi. Selepas bayar, dia kembali ke tempat duduk bersama-sama dengan air untuk Lisa.

"Gentleman jugak dia ni." bisik hati Lisa.

"Awak duduk di seksyen berapa?" tanya Ariel.

"Seksyen 10." jawab Lisa.

"Ohhh, dekat je. Awak tak kisah kan kita duduk borak-borak macam ni. Takut awak tak selesa pulak dengan orang yang baru awak kenal. Lagipun kita ni jumpa kan nak kasi jam tangan awak tu je" tanya Ariel.

"Saya tak kisah pun. Lagipun saya memang free hari ni." jawab Lisa.

Kemudian mereka diam. Mereka minum dan membelek handphone masing-masing. Tiba-tiba...

"Saya nak tanya sesuatu....."

Ariel dan Lisa serentak mengajukan soalan. Dua-dua diam kembali. Mereka tersenyum.


To be continued...


Posted at 03:33 am by irwandy

eisya
October 12, 2006   01:08 PM PDT
 
wonder... apa soalannya ye...
hmmm... cepatlah update nd!
arianna
October 13, 2006   10:07 AM PDT
 
lohh.. bole lak berenti kat ctu. mcm drama bersiri daa..
ND
October 13, 2006   12:15 PM PDT
 
Sabar sabar...hehehe...
chees
October 13, 2006   12:51 PM PDT
 
ntah pepe nd..nyampah tui..ekekekeke
Qaseh
October 13, 2006   01:20 PM PDT
 
ala...cepat lah sambung! eish...tengah excited ni! heh..
Dd
October 13, 2006   10:21 PM PDT
 
cepatlah tanya... tersenyum-senyum plak :P
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry]