Sampai Menutup Mata - Episod Dua
Nur Melissa baru sahaja sampai di rumahnya di Shah Alam. Dia kepenatan akibat membeli belah di Sg Wang tadi. Dia terus duduk di kerusi malas di depan TV sambil menekan punat ON pada "remote control" TV. Ibu Melissa, Puan Sharifah melihat anaknya dari dapur dengan wajah kasihan. Lalu Puan Sharifah menghampiri anaknya...
"Lisa nak makan apa hari ni? Mama masakkan nak?" Kata Puan Sharifah sambil membelai anak kesayangannya itu dengan penuh kasih sayang. Nama Lisa adalah panggilan manjanya.
"Entah la mama. Lisa rasa macam takmau makan. Takde selera. Mama masak je lah apa-apa yang mama suka. Lisa turutkan saja." Jawab Lisa kepenatan.
"Hmmm...tadi Razman telefon mama. Saje tanya khabar katanya. Dia kata dia call dan sms Lisa tapi Lisa tak jawab ya?" Puan Sharifah bertanya.
"Hahh?? Kenapa dia call mama? Tak tau malu la dia tuh...huhhh!" Lisa merungut.
"Apa salahnya dia call, dia kan masih lagi kawan Lisa" Puan Sharifah menjawab.
"Mama, Lisa dengan dia dah lama putus dah Mama. Dia yang minta putus sebab dia ada orang baru. Kan Lisa dah cerita kat Mama. Buat apa layan lagi orang macam tu." kata Lisa sambil mencebik.
"Takpe lah Lisa. Lupakan je lah. Mama nak masak dulu ni. Malam nanti makan di rumah ya? Mama masak gulai asam pedas dengan ikan pari, kan Lisa punya favourite tu." Puan Sharifah memujuk anaknya. Lisa hanya tersenyum simpul. Puan Sharifah pun terus berlalu ke dapur.
Waktu sudah pukul 6.00 petang. Lisa naik ke biliknya dengan membawa barang-barang yang dibelinya tadi.
"Razman...Razman..kenapa laa kau nak kacau hidup aku lagi. Hati aku masih lagi pedih. Dah setahun perkara itu berlaku. Tak usahlah kau ganggu aku lagi." Bisik kata hati Lisa.
Lisa membelek barang-barang yang dibelinya tadi. Sedang dia mengemas, tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang hilang.
"Mana jam yg aku beli tadi ni??? Aku dah letak elok-elok. Takkan tercicir kot." Bisik hati Lisa. Dia cuba mengingati di mana dia meletak jam yang baru dibeli tadi. Lisa mencari di setiap beg plastik tetapi hampa. Dia kemudian mencari di keretanya tetapi tidak jumpa juga. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Haaa...tadi ada abang tu terlanggar aku. Takkan dia pencuri kot. Tak mungkin. Hmmm.." Bisik hati Lisa lagi.
Lisa berasa sedih. Jam tangan yang dibelinya itu adalah sesuatu yang amat berharga buat dirinya. Sebenarnya Lisa baru sahaja bekerja selama 6 bulan di sebuah syarikat terkemuka di Kuala Lumpur selepas tamat pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia. Selama 6 bulan itulah dia menyimpan hasrat untuk membeli seutas jam tangan kegemarannya, iaitu Guess. Lisa adalah seorang yang pandai berjimat cermat dan tidak pernah melupakan keluarganya. Tetapi sekarang ini jam tangan itu tercicir entah di mana.
"Harap-harap ada orang yang menjumpai jam itu sudi memulangkannya." Bisik kata hati Lisa lagi.
***************
Ariel baru pulang dari pejabatnya. Waktu itu sudah pukul 7.30 malam. Ariel segera mandi dan mendirikan Solat Maghrib. Selepas Solat, Ariel menuju ke ruang tamu. Kelihatan ibu dan ayahnya sedang berehat-rehat selepas mengerjakan Solat tadi, lalu ayahnya menegurnya...
"Macam mana keadaan di pejabat tadi? Semua ok?" Ayah Ariel bertanya.
"Ok je Papa. Setakat ni, Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Saya pun makin serasi dengan semua pekerja Papa tu. Mereka pun dah mula ok dengan saya." Ariel menjelaskan.
"Macam itu la anak Papa. I know you can do it. Tadi Uncle Shamsul call Papa. Dia kagum dengan Ariel tau. Dia kata walaupun Ariel baru je take over company Papa tapi langsung tiada masalah. In fact, company Papa dah makin berkembang." Puji ayah Ariel.
"Abang, bibik dah sediakan makanan tu. Dah..jom kita makan. Ariel, mari.." Pelawa ibu Ariel.
Sebenarnya, Ariel baru dua tahun mengambil alih tempat ayahnya sebagai Pengarah Urusan syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur. Sebelum itu, Ariel mendapatkan pengajian di University of Manchester, United Kingdom dalam jurusan pentadbiran perniagaan. Ariel merupakan seorang pelajar yang cerdik dan mempunyai visi yang dikagumi oleh rakan-rakannya. Disebabkan itulah ayahnya tidak keberatan untuk mendidik Ariel tentang urusan di pejabat, lantas menyerahkan jawatan Pengarah Urusan kepada anak pertamanya itu.
Tan Sri Affendi Ahmad, itulah nama ayah Ariel. Ibunya bernama Puan Sri Azlina Abdullah. Syarikat kepunyaan Tan Sri Affendi merupakan antara syarikat yang terkenal di seluruh Malaysia. Ianya semakin berkembang setelah diterajui oleh Ariel. Tetapi Ariel tidak pernah sombong dan membanggakan diri dan keluarga. Tan Sri Affendi juga seorang yang sangat baik dan murah hati. Beliau sangat suka memberi derma kepada mereka yang memerlukan. Beliau tidak pernah lokek dengan segala hasil titik peluh beliau selama ini. Beliau juga seorang yang warak dan beriman kepada Allah SWT. Beliau tidak pernah lupa kepada Allah dan tidak pernah lupa mengajar anak-anaknya supaya beriman kepada Allah. Puan Sri Azlina pula seorang yang sangat memahami hati suami dan anak-anaknya.
Ariel mempunyai 3 orang adik-beradik. Ariel merupakan anak yang pertama. Ariel berusia 27 tahun. Di bawahnya adalah adik perempuannya yang bernama Najwa, berumur 23 tahun. Najwa masih lagi seorang siswazah di University of Sydney, Australia dalam jurusan Undang-undang. Manakala yang terakhir adalah adik seorang lelaki yang bernama Asraf, berumur 20 tahun. Asraf pula akan melanjutkan pengajiannya di University of Birmingham di UK dalam jurusan pentadbiran perniagaan dalam masa terdekat.
Keluarga Ariel menetap di sebuah banglo mewah di Bukit Damansara. Mereka telah menetap di situ sejak 15 tahun yang lalu. Ternyata keluarga Ariel adalah sebuah keluarga yang kaya-raya. Namun begitu, mereka tidak pernah sombong dan sentiasa merendah diri. Orang gaji yang mereka panggil Bibik sudah lama bekerja di situ dan berasa senang hati dengan majikannya yang sangat baik hati dan pemurah.
Selepas makan malam, Ariel berehat sambil menonton TV. Tiba-tiba dia teringat beg plastik yang mengandungi seutas jam tangan kepunyaan Nur Melissa yang tercicir beberapa hari yang lalu. Berdasarkan nombor kad kredit dan nama yang tertera di resit tersebut, Ariel telah pun mendapatkan nombor telefon Nur Melissa melalui rakannya yang kebetulan bekerja di bank yang mengeluarkan kad kredit Nur Melissa. Lalu Ariel mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Nur Melissa.
*Trroooootttt trrrooooooooootttt*
"Hello..." Lisa menjawab telefon.
"Assalamualaikum.." Ariel memberi salam.
"Wa'alaikumussalam. Siapa ni?" Lisa bertanya.
"You ni Nur Melissa Bt Muhammad ke?" Ariel bertanya.
To be continued...