Laporan Gathering Geng Jurnal 2005
Date : Sunday, 1st January 2006
Venue : Dewan Serbaguna Presint 8, Putrajaya
Agenda : Gathering Tahunan Geng Jurnal 2005
First of all, terima kasih kpd semua yg sudi dtg dan terima kasih kpd para AJK Gathering kali ini. Walaupun kita semua boleh nampak kekurangan perhimpunan kali ini, tetapi ada kelebihan lain yg dpt membuatkan kita tak nampak akan kekurangan itu. Walaupun majlis bermula lewat 45 minit dari jadual, tetapi majlis berjaya ditamatkan mengikut jadual. Alhamdulillah.
Kelebihan yg saya maksudkan adalah pasangan pengacara, Mat Jan & Bean. Bagi saya mereka telah lebih dari berjaya mengacarakan majlis ini. Mereka juga mempersembahkan rap yg sungguh best. Lagi best drpd Too Phat..hehe. Saya lihat para hadirin sememangnya terhibur dgn kelakuan dan gurauan kedua-dua pengacara yg berwibawa ini. Tahniah saya ucapkan. Tahniah juga kpd Attokz kerana berjaya menjadi DJ yg best di samping menolong saya memantau perjalanan majlis.
Pada gathering kali ini, saya dan Ap telah membuat persembahan Unplugged. Sebanyak empat lagu telah dinyanyikan oleh saya diiringi dgn petikan gitar Ap. Lagu pertama yg dimainkan adalah lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee - Bunyi Gitar, diikuti dengan lagu drpd Peterpan - Mungkin Nanti, Dewa - Aku Cinta Kau Dan Dia, dan akhir sekali, lagu drpd Radja - Takkan Melupakanmu. Alhamdulillah, para penonton berasa amat terhibur. Ada yg terjerit-jerit dan ada yg naik ke pentas kasi bunga. Hahahah. Thanks Nana! Saya terharu apabila membaca laporan-laporan para blogger yg dtg yg telah memberi komen terhadap persembahan Ap dan saya. Contohnya di blog Cik_Easy. Terima kasih banyak2 saya ucapkan! Ini bermakna misi kami telah berjaya! Terima kasih byk2 juga kpd Ap yg mengiringi saya utk bermain gitar bersama saya. Thanks a lot dude!
Saya akui saya tidak sempat beramah mesra dgn semua hadirin yg datang. Saya minta maaf banyak2. Masa tidak mengizinkan saya. Nak makan pun saya tak sempat. Lepas gathering, saya terus ke Alamanda utk mentekedarah. Haha. Harap2 kita akan berjumpa dan beramah mesra pada aktiviti yg akan datang.
Akhir sekali, saya ucapkan tahniah kpd Basri, selaku Pengarah Projek Gathering Geng Jurnal 2005 kali ini. Dan juga kpd para AJK yg lain, tahniah saya ucapkan.
### - Sila lihat gambar di Flickr Cik_Easy. Saya punya byk yg blur. Belum sempat nak upload.
Posted at 05:17 pm by
irwandy